Saturday, November 30, 2013

Petanda jodoh

Nak tahu macam mana cara nak tahu siapa jodoh kita? Mudah saja.

Bila jumpa orang yang kita berkenan, tanya beliau,
"NAK KE MANA TU??"

Kalau dia jawab,
"TAK KE MANA PUN.."

Itu tandanya beliau jodoh kita. Sebab apa? Sebab
"KALAU JODOH TAK KE MANA.."



Ya Allah kelakarnya saya tolonglah suka saya


Friday, August 30, 2013

Noob noobies

Bila kita nak post sesuatu kat social network ni kengkadang kita kena ikut juga citarasa "friends" dan "followers", sebab ada sesetengah dari diaorang ni tak faham konsep social network ni. Contohnya, gua pernah kena sound sebab kata beliau gua banyak tweet pasal kahwin. Banyak tweet pasal kahwin salah kah? Berdosa kah? Secara jujurnya gua tak rasa banyak pun, cuma berlarutan. Mentang mentanglah gua ni bukan ustaz cinta, gua dikecam sebegitu rupa. Tapi tak apa lah, mungkin beliau tak tahu yang social network ni tak pernah halang pun kita nak bubuh apa yang kita nak. Tak paksa pun sesiapa untuk baca. Tak suruh pun kita ikut kehendak sesiapa. Islam sendiri pun tak ada kata tak boleh cakap pasal kahwin banyak banyak atau apa saja perkara, yang penting tak melanggar hukum syarak. (Tapi yang sedihnya, beberapa bulan lepas tu gua tengok beliau sendiri dok bercerita pasal kahwin). Tapi sebab gua dah tahu social network ni macam mana, gua diamkan jelah. Kesian. Apapun, pesan gua kepada semua, before you use something, make sure you know how it works. Jangan pula nanti meroyan sana sini, semua rasa serba tak kena, sedangkan sebenarnya engko sendiri yang tak tahu benda tu memang macam gitu.

Secara ringkasnya, pada pendapat gua lah, if you don't like what you see, and as long they did not violate Islam, you have the choice to remain quiet or say something nicely and privately. Kalau menyampah sangat, remove/unfriend/block/unfollow jelah. Apa susah sangat nak pergi sound apa semua. Kalau orang tu buat dosa nak tegur secara berhemah melalui DM or chat tak apa lah juga. Benda tegur tegur ni kalau buat secara terbuka boleh jatuh hukum mengaibkan tahu. Kalau hati dia terguris dengan kata kata kita pula, kita dapat dosa. Kesimpulannya, tak perlu kecoh kecoh. Hal kecil tak perlu diperbesarkan. Benda mudah jangan kasi rumit. Rilekslah, banyak lagi masalah yang lebih besar kita harus fikir. Takkan pasal twitter/facebook pun nak rasa serabut? Come on lah. Social network is a place to socialize, not a place to hate everything or everyone that does not seem to suit your style. Positif lah sikit. Bawa bertenang, alright? Cheers.