Sunday, December 25, 2011

Dikala malam datang bulan

Waktu itu, jam menunjukkan pukul 2.58 pagi. Aku sedang keseorangan dirumah kerana ahli keluarga ke Port Dickson, ada Hari Keluarga. Memang sedih tak dapat ikut ahli keluarga berkumpul dan bersuka ria. Tapi apakan daya, demi menuntut ilmu aku sanggup berkorban.

Sedang asyik aku mengulangkaji pelajaran, secara tiba-tiba seperti datang suatu tenaga yang aku tak tahu asal usulnya. Ia menyerang bahagian tengah tubuh, seperti mahu mengambil alih fungsi badan aku.

"Aduhh, malam-malam buta macam ni lah pulak nak sakit perut. Kalau nak berak pun tunggu lah siang", kata aku sambil terkemut-kemut menahan sakit perut.

Dengan rasa gementar, aku pun memberanikan diri pergi ke toilet.

Sedang dalam perjalanan, sewaktu aku mahu menanggalkan seluar dalam,

"Tenenettt! Tenenettt!", telefon rumah berdering.

"Ah sudah. Siapa pulak telefon pagi-pagi buta macam ni! Jangan main-main dengan aku lah! Kalau aku terkincit kang siapa nak kutip!!"

Tetiba aku terfikir, ada kemungkinan jugak tu ahli keluarga yang telefon nak bagitahu ada kecemasan. Lalu aku cuba gagahkan diri, menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk menahan sakit perut dan berdoa agar aku takkan terkena sembelit mahupun buasir.

Setakat nak angkat telefon tak payah nak gagah diri sangat rasanya.

Semakin aku mendekati telefon, semakin berdegup kuat jantung aku.

Dup dap dup dap. Nebes jugak rasanya.

Memori tentang cerita-cerita hantu dari jepun dan korea yang mengisahkan tentang telefon berhantu mula menerjah minda. Peluh sudah mula membasahi pipi dan celah ketiak, disebabkan rasa sakit perut yang tak tertahan lagi.

Dengan lafaz bismillah, aku mengangkat telefon.

Tetapi, sesuatu yang sungguh tak aku sangka berlaku. Aku terdengar satu suara halus yang cuba memanggil,

"DEY! DEY!"

"Ya nak cakap dengan siapa?"

"Oh sorry bang. Salah nombor lah. Ayoyo."

Tuuutttttt...

Maka dengan itu aku bergegas meletakkan telefon dan menggelupur lari lintang pukang ke toilet.

Syukur, tiada apa yang tercicir ditengah jalan. Aku lega.


Tuesday, December 6, 2011

Manisnya kurma ini

Aku tak mencari yang sempurna,

Kerna yang sempurna itu tiada.

Aku mencari yang terbaik untukku,

Dan aku telah bertemu dengan kamu.

: )


*******

Wow. Tak sangka abang sebenarnya seorang yang sweet lagi romantik, malah pandai membuat ayat-ayat puitis pula.


Pui. Ini sangat geli.


Monday, November 28, 2011

Nestapa ini

Walaupun kali ini aku berasa seperti agak yakin, agak tenang dan agak percaya,

Aku masih tak dapat nak elak dari berasa risau perkara yang sama akan berulang lagi.

Itu sudah pun terbukti mampu membuatkan prestasi dan produktiviti aku merudum.

Yang mana adalah perkara yang sangat tak bagus.

Cukup-cukuplah.

Manusia memang dilahirkan dengan sifat mudah alpa dan mudah berubah.

Baik sebelumnya, tak bermaksud baik selama-lamanya.

Sedangkan iman itu pun ada naik turunnya.

Dan itu membuatkan aku bimbang dan paranoid.

Pada masa yang sama, aku dah penat mencari.

Jadi aku berharap,

Apabila datangnya seseorang dalam hidup aku nanti,

Beliau akan dapat membuktikan yang beliau tak seperti mereka yang pernah aku kenal dulu,

Lebih baik, lebih dipercayai, lebih meyakinkan,

Dan beliau lah yang terakhir.

Hanya nyawa yang dapat memisahkan kami berdua.





Cewah bajet jiwang. Haktuih


Wednesday, November 23, 2011

Polis, helmet, penunggang motosikal, saman dan Tuhan.

Pada suatu petang yang hiba, Rostam sedang bersiar-siar dengan menunggang motosikal di taman permainan berhampiran rumahnya. Tujuan beliau ialah untuk menenangkan fikiran beliau yang serabut kerana baru sahaja lepas putus cinta dengan bekas kekasih beliau, Maznah. Sedang asyik Rostam melayan perasaan dengan meraung dan menangis teresak-esak, tetiba beliau ditahan oleh seorang polis.

"Encik, mana helmet encik?", tanya polis tersebut.

"Aik? Dalam kawasan perumahan pun kena pakai helmet ke?", balas Rostam dengan kerek sambil membuat muka kerana bengang telah dipotong stim oleh polis tersebut.

"Kena encik, sebab kat atas jalan ada garisan putih", jawab polis sambil cuba menahan diri beliau dari melempang Rostam.

"Mintak IC dengan lesen encik", kata polis itu lagi.

"Nak buat apa pulak IC dengan lesen aku? Nak saman?", tanya Rostam lagi dengan nada meminta pelempang.

"Taklah. Nak bagi kat mamak suruh buat roti canai. Nak saman lah gila!", kata polis yang mula merasa berang.

"Ewah. Kau siapa? Suka hati aku lah nak pakai helmet ke tak. Ajal aku bukan diatas helmet. Kat tangan kau pun bukan. Tapi ditangan Tuhan. TUHAN. Faham? Aku pakai helmet ke, tak pakai helmet ke, kalau dah ajal aku nak mati, mati jugak. Faham? Kau faham tak apa aku cakap ni?", balas Rostam dengan yakin yang kata-kata beliau itu sangat benar dan tak akan disaman mahupun dilempang.

Kelihatan muka polis dah semakin merah padam. Telinga beliau sudah mula mengeluarkan asap berkepul-kepul seperti keretapi zaman dahulukala. Akhirnya,

PANG!!

Rostam atau nama sebenarnya Mohd Zaidi bin Salman telah dilempang oleh Tuan Direktor kerana melebih-lebih dalam menokok tambah skrip untuk lakonan beliau.


Nota:
Kalau taknak pakai helmet lepas tu accident meninggal terus tak apa, sekurang-kurangnya mengurangkan beban orang lain. Tapi kalau tak meninggal, jadi cacat pulak, tu dah menambahkan beban orang lain. Natijahnya, kalau nak cuba bersikap redha, fikirkan lah orang disekeliling dahulu. Kalau berpeluang dan mampu usaha untuk mengelak dan memperbaiki, usaha lah. Jangan terlalu bersikap bongkak dan hanya mahu berserah.


Sunday, November 20, 2011

A comedian that make jokes for other people to laugh will actually laugh at the jokes as well, even if he doesn't show it.

tak apa jika aku tak mendapat pulangan atas apa yang telah aku berikan.

aku sudah berpuas hati jika aku berjaya menggembirakan mereka,

memperbaiki kehidupan mereka,

membuat mereka rasa dihargai,

membantu mereka dikala kesempitan,

dan memberi impak dalam hidup mereka.

cukuplah sekadar aku diingati dan tersemat didalam memori mereka.

itu sudah mampu buat aku terharu dan gembira.


#omong kosong


Sunday, October 23, 2011

Unsur-unsur penipuan dan tipu daya sewaktu mintak putus



Pernah tak kau orang dengar ayat-ayat seperti,

saya tak cukup baik untuk awak...

atau

awak deserve better...

mahupun

saya tak layak untuk awak...

ataupun

awak terlalu baik untuk saya...

sejurus sebelum kekasih kau orang mintak putus? Pernah? Kalau pernah, padan muka kau aku turut bersimpati. Kalau kau orang tak pernah kena, bila diorang cakap macam tu kau ambil sarung guni, senyap-senyap sarung kat kepala dia lepas tu pukul beramai-ramai supaya dia tak tahu siapa yang pukul kau jangan percaya bulat-bulat je.

Mengikut pengalaman aku sebagai seorang yang pakar dalam memberi masalah cinta, ayat-ayat macam ni selalunya orang bagi bila dah tak tahu nak tipu apa. Selalunya. Ada jugak kemungkinan yang tak tergolong dalam kategori tipu helah ni, tapi yang itu akan diceritakan kemudian.

Mungkin kau orang boleh fikir sendiri, kalau betul dia sayang kau dan kau pun dah cukup baik, kenapa dia nak cakap macam tu? Most probably orang tetap akan terima kau walau macam mana pun kalau dah sayang. Ayat dia tu nak menunjukkan kau lagi baik/bagus dari dia. Kalau betul pun, mungkin dia akan rasa segan, tapi tak sepatutnya sampai nak mintak putus. Tahyul sangat tu.

Dari yang aku nampak ada beberapa punca yang memungkinkan perkara sebegini terjadi:

1. Dia dah bosan dengan kau sebab kau tak hip dan membosankan
Dia nak mintak putus, tapi nanti mesti kau tanya kenapa kan? Takkan dia nak cakap "You ni membosankan lah. Cakap dengan nate beruk customer service lagi best dari cakap dengan you". Macam terlalu keji. Tapi dia dah tak sanggup lagi nak melayan kerenah kau, rasa macam "hidup segan mati tak mahu". Lantas dia pun bagi lah alasan tu.

2. Dia dah jumpa orang lain yang lagi best dari kau
Dah ada orang ketiga yang dia layan senyap-senyap masa dengan kau, takkan dia nak mengaku pulak. Paling busuk pun dia akan bagi alasan-alasan tersebut untuk mengelakkan kau mengamuk lalu mengupah gangster untuk melempang kau bertubi-tubi berasa sedih sebab kau tak best. Atau sebab muka kau macam Acapan. Atau sebab lubang hidung kau besar sebelah. Atau sebab kau ada tahi lalat berbulu kerinting diatas bibir. Whatever lah.

3. Sebenarnya kau dah terlampau useless tapi dia tak sampai hati nak bagitau
Yang ni menyedihkan sikit. Dah la kau ni tak guna, lembab, mangkuk hayun, muka hodoh. Cewah lebih. Kena pulak tipu hidup-hidup cakap kau deserve better. Kesian lah. Tapi adalah agak biadap kalau kau pulak pergi bantai bengang, maki-maki dia cakap dia bedebah, menghina dia cakap kau yang patut mintak putus sebab kau lagi bagus dari dia.

4. Dia fikir dia sayang kau, tapi sebenarnya sayang tu tak ada, dia setakat suka je kat kau
Biasalah, awal-awal masa nak menjalinkan hubungan tu semuanya manis, menggembirakan, menyeronokkan. Kau nak couple pun dia terima je. Tengah high lah katakan. Sampai tak perasan yang dia sebenarnya tak sayang kau pun, setakat rasa seronok je have fun dan hang out dengan kau. Dah lama sikit, baru sedar feeling tu tak ada. Tapi semuanya dah terlambat. Apa lagi nak cakap, kencing lah.

5. Dia terlalu merendah diri dan terasa dia sangat pathetic
Yang ni tak tergolong dalam tipu helah dunia. Jarang-jarang jumpa, tapi memang wujud orang macam ni. Kurang keyakinan diri yang terlampau. Baru gagal test, dah macam kalah judi RM14.5 juta, menangis tak berlagu sambil cakap dia tak layak ada kekasih yang kebetulan masa tu lulus test yang sama. -..- Untuk orang macam ni, kau kena bagi dia sokongan. Kalau kau boleh tahan asyik nak kena pujuk dia, kau tahan la. Kalau tak, baik kau setuju je bila dia mintak putus. Siapa suruh mintak putus. Nak sangat hambik kau.

6. Percintaan yang terhalang akibat ibubapa tidak merestui perbezaan antara dua darjat
Dia akan bagi alasan-alasan tersebut untuk mengelakkan kau bertindak drastik dan memilih untuk kahwin lari di sempadan Siam. OK, aku tipu. Tak ada orang macam ni. Barangkali dalam drama hindustan baru ada.

Yang penting sekarang, tak kira lah niat dia taknak kau berkecil hati ke, atau memang dia curang ke apa, kalau kau boleh siasat kau siasat lah sikit supaya kau tak rasa diperbodohkan begitu sahaja bila kantoi, in case dia memang menipu. Kau pun mesti nak tahu kenapa dia cakap macam tu kan. Tapi kalau kau baru bercadang nak bagi alasan macam tu, tak payah lah. Tak baik menipu, berdosa. Apapun, kalau kau mangsa, cubalah fikir positif yang alasan dia bagi tu sekadar penyebab je. Yang menentukan jodoh tetap Tuhan, bukan dia.




Thursday, October 20, 2011

Kahkah

"When a girl cancels her date, it means she has to. When a guy cancels his date, it means he has two."

p.s. Nasib baik gua tak pernah lagi cancel date gua. Nampak sangat gua tak pernah ada dua date kan. Pheww.


Sunday, October 16, 2011

Marilah menuju kejayaan

Aku nak kongsi satu cerita, yang mana aku rasa bagus untuk orang-orang yang berperangai macam @#$?%&, tapi sedang cuba nak berubah.

Dan aku rasa sesuai jugak untuk orang-orang yang dah memang baik, tapi nak jadi lebih baik, macam aku. Kahkah. OK tak lawak. Dah sekarang baca cerita ni.

Pada suatu malam yang hening, ada seorang rakan tanya aku,

"Mizan, muka kau nampak berseri-seri dan bersinar-sinar lah, macam sinaran pasport kegemilangan. Kelas kau. Apa rahsianya? Adakah sebab kau rajin qiamulail?"

OK aku tipu. Tak ada soalan macam tu. Dia tanya macam ni sebenarnya,

"Mizan, kau ada tips tak macam mana nak pastikan kita tak tinggal solat? Orang cakap mula-mula kena solat 40 waktu berturut-turut, InsyaAllah lepas tu kita akan terus tak tinggal solat dan akan rasa berat hati nak tinggal solat. Tapi 40 waktu tu bukan macam makan cheese tart 40 biji doh."

OK untuk yang lemah matematik, aku tolong kira.

40 waktu ialah sama dengan solat untuk 8 hari.

Aku faham masalah ni.

Kalau dah terbiasa tinggal solat, macam mana nak pastikan boleh solat 40 waktu berturut-turut, betul?

Boleh sebenarnya.

Kau orang cuba buat masa bulan puasa. Sebab masa bulan puasa, syaitan kena ikat.

Tak ada hasutan syaitan, jadi kau nak berubah pun kurang gangguan.

Tapi semangat dan kesedaran nak berubah tu kena ada lah.

Kalau tak, syaitan tak ada pun tak jadi apa.

Lagipun bulan puasa kan wajib puasa.

Kalau tak puasa, malu lah orang lain nampak, ahli keluarga nampak, kawan-kawan nampak. Kan? *Sarcasm*

Aku rasa ramai yang puasa sebab takut malu, dan aku rasa ramai jugak yang puasa tapi tak solat. Sebab aku dah jumpa sendiri beberapa orang macam ni.

Yelah, puasa setahun sebulan je, solat kena setiap hari 5 kali sampai mati.

Tapi kau kena fikir jugak, apa guna puasa kalau tak solat. Dapat lapar dahaga je.

Jadi kau kena betulkan mind set dulu.

Kau kena selalu ingatkan diri kau yang kau kena puasa, tapi puasa kau akan jadi sia-sia kalau kau tak solat.

Maka secara automatiknya kau akan cuba sedaya upaya untuk solat.

Kalau tak biasa mungkin kau akan terlupa atau terlepas waktu.

Tapi tak apa, jangan terlalu runsing. Sebab masih boleh qada'.

Yang penting kau jangan tinggal terus.

Satu lagi, bila kau teringat je kau qada' cepat-cepat. Sebab kalau kau tangguh, nanti jadi lagi banyak lepas tu kau pun jadi makin malas nak qada'.

Kau teruskan macam tu, untuk sepanjang bulan puasa tu kalau boleh. InsyaAllah lepas tu akan OK.

Lepas tu bila dah habis puasa, kau kekalkan momentum tu.

Syaitan dah bebas balik, jadi semangat kau kena kuat sikit.

Banyakkan berdoa mintak dikuatkan semangat, diteguhkan iman.

Apapun konsep dia senang je.

Bulan puasa bulan yang mulia, yang mana baik buruk kau akan dipengaruhi 100% atas diri kau sendiri sebab syaitan tak ada.

Disebabkan tak ada syaitan, kau ambillah kesempatan tu untuk cuba berbuat baik dan memperbaiki diri, dan cuba kekalkan sampai lepas bulan puasa.

Sebab kalau masa bulan puasa kau boleh buat, takkan habis je bulan puasa kau tak boleh buat kan?


Monday, October 3, 2011

Pick-up line (ayat mengorat)

Pada suatu hari, Abu sedang berjalan-jalan tanpa arah tujuan. Sedang asyik dia berjalan-jalan, dia terlihat seorang gadis yang tidak dikenali lalu secara tiba-tiba dia berkelakuan seperti dirasuk hantu kopet. Kemudian Abu pun menerjah gadis tersebut.

Abu:    OMG! Tolonglah bagitau saya, adakah saya sebenarnya dah mati?
Gadis: Awak ni cacat ke gila? Bila pulak awak mati!
Abu:    Oh, maafkan saya. Saya ingat saya dah mati, sebab awak nampak macam
           BIDADARI SYURGA :)
           Dah sekarang bak nombor telefon.


Friday, September 16, 2011

Kejodohan

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” 

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"

"Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali seorang lelaki yang sekufu dengannya"


Sebelum tu, kau orang rasa perkataan "kejodohan" tu pelik ke tak. Aku rasa macam pelik. Whatever lah. Berbalik kepada topik. Aku tak nafikan memang orang mudah tertarik dengan rupa. Nampak je comel sikit, mesti rasa macam nak mengorat, betul? Tapi apa yang aku boleh cakap berdasarkan ayat-ayat kat atas ni, in case kalau kau orang ada tertarik dengan sesiapa sebab tengok muka dia boleh tahan, kau tengok lah dulu kat cermin, agak-agak muka kau orang saing-saing dia tak. Kalau saing-saing, kau orang kena tengok pulak agamanya. Agama tu kena utamakan. Tapi tak wajib pun. Kalau kau nak hidup sejahtera lah.

Tapi, utamakan agama kat sini bagi aku bukan lah maksudnya kau mesti cari yang warak, soleh, solehah dan sebagainya. Kau kena cari yang agamanya sama taraf dengan kau lah. Kalau kau punya solat, puasa semua tak pernah cukup, takkan kau nak cari yang warak, betul? Masak kau kena ceramah hari-hari, mana boleh tahan. Asalkan lebih kurang tu dah boleh lah. Ayat tu jugak menyatakan takde perkahwinan yang tak sekufu. Maknanya kalau kau jahat, bini kau pun nanti jahat lah jugak. Kalau nak pasangan yang baik, kau kena lah jadi baik dulu.

Pasal sekufu tu pulak, yang paling utama agama lah yang kena setaraf. Tapi kebijaksanaan, pangkat, keturunan, taraf hidup, harta kekayaan dan sebagainya pun kena setaraf jugak, kalau boleh lah. Memang tak wajib, tapi perlu, untuk mengelakkan masalah salah faham, ketidakseimbangan dan yang paling selalu, mengungkit. Takut kalau berlanjutan, nanti kau orang rasa bosan lepas tu mula lah gaduh sampai nak bercerai lah, nak kahwin lagi satu lah. Tapi katakan lah calon kau orang tu semua tak berapa nak setaraf, biarlah yang lelaki lebih sikit dari yang perempuan. Sebab lelaki ni lebih baik dalam pengawalan emosi dan tanggungjawab lelaki lebih besar.


Friday, September 9, 2011

Dialog antara Pengguna, Penyelia telco dan Pentadbir Negara

(AMARAN: Penggunaan bahasa kesat yang tinggi. Tidak sesuai untuk mereka yang lemah semangat, sakit jantung, warga tua dan wanita mengandung.)

Pengguna: "Itu nak tax, ini nak tax. Subsidi minyak pun dah tak bagi. Dah lah pengguna prabayar ni kebanyakannya pelajar dan golongan berpendapatan rendah, lagi nak kasi beban. Kalau bil pascabayar tu murah takpe jugak. Agaknya satu hari nanti nak berak pun kena bayar tax. Eii syial la puih!"

Penyelia telco: "Kami terpaksa mengenakan cukai terhadap pengguna kerana kami tidak lagi mampu menyerap cukai yang dikenakan oleh kerajaan selama ini akibat peningkatan kos dan jumlah pengguna setiap hari. Lu jangan salahkan gua, lu kasi pancung itu Najis aka Najib bedebah yang kasi naik cukai 5% jadi 6% la!!"

Pentadbir Negara: "Hehehehe. Gua terpaksa mansuhkan subsidi minyak dengan naikkan tax sebab nak cover duit perbelanjaan gua dengan bini gua la. Nak shopping kat London sampai 5 kontena lepas ni, lepas tu nak beli cincin harga 300 juta pulak. Zaman lu orang hidup senang sudah habis bro. Hehehe."


p.s. Ini semua adalah rekaan semata-mata. Tiada unsur fitnah. Sekadar hiburan sambil menunggu waktu berbuka puasa bagi mereka yang berpuasa sunat atau sambil mencicah biskut kering dalam kopi o suam sewaktu minum petang.


Tuesday, August 23, 2011

Dua tiga kucing berlari, mana kan sama si kucing belang.

Johnny, Kitty, Minah, Belang, Ujang, Mimi, Atan, Pit, Putih dan Lebek. Aku tahu, nama-nama kucing aku bukanlah antara nama yang paling cool didunia. Ada banyak lagi yang cool-cool sebenarnya, tapi dah lupa. Hihi. Kucing je takkan nak bagi nama Fatin Arina, Iklil Iwani, Altamis Anaqi mahupun Nur Ilham Irdina kan. Nak bagi nama mat salleh, masa tu masing-masing kecik lagi, mak abah aku pun tak fasih sangat cakap omputih. Bedal la bagi nama ikut sesedap rasa, janji senang ingat.

Tapi dalam banyak-banyak kucing, aku paling ingat si Kitty, kucing Parsi warna kelabu yang kuat kentut paling vogue dan mempunyai ciri-ciri kucing betina yang sejati.

lebih kurang macam kucing ni, tapi lagi kembang pastu muka dia tak camtu.

Anak dia ada 3, tapi 1 dah bagi orang, 2 lagi mati. Tinggal Kitty je kucing yang ada kat rumah. Kitty satu-satunya kucing yang penah kentut kat muka mak aku. Memang biadap, tapi kucing apa tahu pasal sopan santun adab tatasusila. Tepuk bontot dia sekali cukup la sekadar bagi pengajaran. Apa, ingat kucing tak kentut ke. Dia pun makan macam kita, tahi dia pun busuk macam kita. Bezanya kentut dia tak busuk macam korang. Korang la, aku kentut tak busuk. Kahkah. Ok tak lawak.

Mak aku sayang betul kat Kitty tu sebab dia lah kucing yang paling kembang bulunya. Tapi aku tak sangat la. Masa tu budak-budak lagi apa tahu erti kehidupan, kasih sayang dan cinta sejati. Puii. Yang aku tahu seronok nak buat yang bukan-bukan kat kucing. Lambung-lambung dia sampai dia buat backflip, takut-takutkan dia guna teletubbies kakak aku sampai dia mengamuk. Macam-macam jugak aku buat.

contoh gambar mangsa
(sekadar hiasan)

Tapi ada suatu hari ni, tak tahu la dah kena sampuk ke apa, aku jadi jahat gila, kejam habis. Kerja aku nak takutkan si Kitty tu je. Kitty takut dengan vacuum cleaner, aku apa lagi amik kepala vacuum tu aku acah-acah kat dia. Lintang-pukang dia lari sampai menyorok dalam kain batik mak aku mesin basuh, bawah katil dan sebagainya. Dah menyorok bawah katil pun aku masih tak putus asa nak takutkan dia. Aku rasa dia betul-betul takut masa tu tengok dari riak muka dia. Aku pulak saje tinggalkan kepala vacuum tu depan katil, tengok dia berani tak berani keluar. Dah puas hati aku blah pegi dapur pau makanan mak aku.

Sesudah kenyang, aku patah balik masuk bilik tengok perkembangan Kitty. Tengok-tengok dia dah takde, tak tahu macam mana dia keluar. Pusing satu rumah cari, takde. "Oh, mungkin dia keluar kejap makan rumput kat luar agaknya. Tak pun pergi cari jantan untuk memuaskan nafsu serakah kot" kata aku dalam hati.

Tapi, dari siang sampai ke malam, Kitty tak balik-balik. Mak dah mula risau. Panggil-panggil kat luar tak muncul jugak. Esoknya, Kitty masih tak balik. Sambil kayuh basikal nak pergi sekolah, aku tengok-tengok jugak kalau-kalau terjumpa. Tapi tak jumpa-jumpa jugak.

Sampai la hari ketiga, tiba-tiba Mak ternampak Kitty kat depan pagar. Dia nampak lemah. Dah kurus kering macam tak makan. Badan dia macam ada kesan kotoran longkang yang dah kering. Tersentak tengok keadaan dia macam tu, mak bawak masuk, mandikan, bagi makanan dengan susu sebab dia suka minum susu. Tapi entah kenapa dia tak minum, makan pun tak. Tiba-tiba tergerak dalam hati aku, "Entah-entah dia merajuk kat aku pastu lari rumah tak". Tapi fikir balik, macam tak logik, kucing boleh ke merajuk. "Mungkin dia takut sangat kat vacuum tu, lari laju-laju sampai termasuk longkang pastu tak boleh keluar", dalam hati aku. Pastu tiba-tiba aku teringat, sehari selepas dia tak balik rumah tu hujan lebat, air longkang penuh. Astaghfirullahalazim. Rasa bersalah yang teramat.

Esoknya, dia masih taknak makan minum. Kalau makan pun sikit. Langsung tak berbunyi, diam je macam tengah sakit tenat. Sayu sangat tengok dia macam tu. 2-3 hari berterusan macam tu, Kitty terus nazak. Dia nazak waktu tengah malam, semua orang dah tidur. Mak je yang terjaga nak pergi tandas, ternampak Kitty tengah sesak nafas, tak lama terus mati. Mungkin mak terlampau sedih, lepas tu dia terus hilang semangat nak bela kucing lagi.

Sejak kes tu, aku betul-betul sayang kucing. Tak boleh tengok kucing lapar ataupun kena pukul. Rasa kesian. Aku selalu doa mintak dosa aku diampunkan. Aku dah insaf. Semoga roh Kitty dicucuri rahmat.

mungkin kucing takde akal, tapi tak mustahil dia masih ada perasaan.


Friday, August 19, 2011

Insan yang cemerlang datang dari akal yang sihat, dan jiwa yang tenang. Ya, ya.

Aku dapat rasakan menggunakan 6th sense aku, korang tertanya-tanya lagi apa benda pulak aku nak mengarut kali ni. Kahkah. Apsal la suka pulak aku bagi tajuk yang tak berapa nak berkaitan dengan entri. Aku pun kurang pasti kenapa. Mungkin kerana terdapatnya elemen surprise apabila menggunakan tajuk yang pelik-pelik, mengarut lagi tak berkaitan luar biasa dan unik. Cewah bajet Kesusateraan Melayu sekolah rendah pulak cerita pasal elemen. Puii.

Korang masa kecik-kecik dulu, masa tadika ke masa sekolah rendah ke, penah lalui perkara ni? Masuk kelas, perkenalkan diri, pastu cerita pasal cita-cita masing-masing. Siapa tak lalui memang dia rugi. Time ni la paling seronok sekali nak tunjuk lagak kat cikgu dan taulan handai (rakan taulan + sahabat handai, hence, taulan handai), betapa kewlnya cita-cita korang yang tinggi kelangit tu. Mula-mula masuk je sekolah, kena berbaris. Kalau hari Isnin, kena baca ikrar, nyanyi, dengar cikgu membebel bagai semua tu. Dah habis tu masuk kelas, cikgu pun masuk. Ketua kelas pun jerit, "Bangun semuaa! Selamat pagi cikgu!", pastu semua pun ikut. Kalau dah masuk tengahari tapi ketua kelas cakap selamat pagi pun semua bantai ikuuttt. Apa pun tak boleh.

kalau korang terer, cari aku sampai jumpa. kehkeh

Masa awal-awal sekolah mula, biasanya cikgu tak mengajar lagi. Kadang-kadang dapat cikgu baru, dia akan mula dengan sesi pengenalan diri. Lepas kenalkan diri dia, dia suruh murid-murid pulak kenalkan diri. Masing-masing pulak taknak kalah, ada yang bagi nama manja kat rumah la (macam Boboi, Gegurl, Tipah, Letchumi dan sebagainya), ada yang cakap tak tau asal mana la, tak kurang jugak ada yang cakap hobi dia mengumpul setem. Memang dahsyat. Macam-macam kerenah.

Biasanya lepas semua dah perkenalkan diri, cikgu-cikgu dah mati akal nak buat apa. Kalau tak suruh murid-murid buat kerja sendiri tapi jangan bising, dia akan suruh murid-murid cerita pasal cita-cita. Haa time aku kena dulu mula-mula dengan cikgu bahasa melayu, darjah berapa aku tak ingat. Masing-masing cerita dengan bangga, ada yang nak jadi arkitek, ada yang nak jadi doktor, ada yang nak jadi angkasawan. Sampai kat aku, aku cakap aku nak jadi polis (cita-cita standard budak-budak bagi bila dah tak tau nak jadi apa). Cikgu tanya kenapa, aku cakap tak tahu. Time tu kan Robocop tengah naik. Berangan la nak jadi polis dapat pegang pistol, main tembak-tembak. Takkan nak cakap, malu la. Kehkeh.

gambar hiasan

Tu cikgu bahasa melayu yang tanya. Lepas tu cikgu bahasa inggeris pulak masuk, dia tanya cita-cita jugak (dah takde idea lain letteww). Macam tadi jugak la masing-masing punya cerita, tapi sampai kat aku terus jadi lain. Aku mula menunjukkan tanda-tanda kegoyahan, tak kuat iman dan tak tetap pendirian. Aku terus tukar cita-cita. Tetiba rasa polis macam tak best pulak. Kahkah. Aku bagitau cikgu tu cita-cita aku, bangga betul dia aku nak jadi pelukis (artist). Excited kemain, siap cakap aku ni unik, ada cita-cita yang interesting. Padahal dia yang silap paham, sebenarnya aku cakap aku nak jadi artis (celebrity). Masa tu kecik lagi, mana aku tahu nak cakap artis apa dalam english. Cikgu tu boleh bantai ingat aku nak jadi pelukis. Hentam saje la labu. Aku anggukkan aje. Kahkah.

Aku sendiri pun pelik bila fikir balik. Biasa budak-budak standard mesti cakap nak jadi arkitek, businessman, doktor, cikgu, askar, polis, bomba dan yang sama waktu dengannya. Aku kecik lagi, apa aku tahu pasal artis, tapi boleh main bedal nak jadi artis. Nasib baik masa tu cikgu yang tanya, bukan mak abah aku yang tanya. Silap haribulan kena rotan terus. Untung cikgu tu tak suruh aku ketuk ketampi. Kahkah. Mungkin sebab kurangnya pendedahan pasal kerja oleh mak abah aku menyebabkan aku tak tahu cita-cita apa yang best nak pilih. Ke sebab terlebih pendedahan sampai nak jadi retis (artis). Itu yang kita tak tahu. Kahkah.

gambar hiasan

Korang cuba bayangkan bila korang dah ada anak kang, sedara mara ke jiran tetangga ke datang rumah, diorang tanya, "Boboi boboi, bila dah besar nanti boboi nak jadi apa?", anak korang jawab, "Nak jadi retis auntie!". Maunya korang tak terasa macam taknak mengaku anak?


*Pesanan khidmat masyarakat: Jangan bagi anak korang tengok yang bukan-bukan masa kecik. Kang terikut-ikut macam artis yang tak berapa nak senonoh tu payah. Nasib baik aku tak terikut jadi artis. Kehkeh.


Tuesday, August 9, 2011

Kau Tahu Ku Merinduimu, Ku Tahu Kau Menyintaiku. Oh, Kasih. Bersabarlah Sayang. Saat Indah Kan Menjelma Jua.

aku dapat rasakan menggunakan 6th sense aku yang korang tengah menyumpah seranah dan melemparkan kata-kata kesat sebab aku tulis lirik lagu In Team yang jiwang habis tu tertanya-tanya apa benda yang aku nak merapu perbincangkan dengan tajuk entri yang penuh kontroversi tu. macam haram. aku tahu. sebenarnya tak berkaitan pun. kalau ada pun, bau-bau bacin je. kahkah. ok, serius sikit.

camni sebenarnya. ada kawan aku ni, dikenali sebagai Aminah Gendut (bukan nama sebenar, identiti beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, *sambil baca guna nada pemberita*), dia ada dua pilihan. dia tanya mana satu pilihan yang sepatutnya dia pilih, sama ada:

1. pilih lelaki yang hensem dan kaya tapi jahat yang dia sayang tapi lelaki tu tak sayang dia,
atau
2. pilih lelaki yang tak hensem dan miskin tapi baik yang sayang dia, tapi dia tak sayang lelaki tu

hm, agak sukar nak buat pilihan macam ni. takde pilihan yang saling sayang menyayangi pulak. antara satu sebabnya kenapa susah, kita tak tahu masa depan kita macam mana. kita tak tau mana satu yang akan berjaya hingga ke akhir hayat dengan kita. mungkin akhirnya lelaki yang pertama tu memang takkan dapat sayang dia, atau dia sendiri tak dapat sayang lelaki yang kedua tu. keliru bukan. tapi dari maklumat yang aku dapat, majoriti suggest yang kedua (berdasarkan status yang ditulis dan respon orang ramai). tapi, kenapa macam tu?

honestly, sampai sekarang aku pun masih kurang faham kenapa orang suggest yang kedua. sedangkan, kalau kita fikir dari sudut lelaki yang pertama tu, dia pun melalui situasi yang sama, yakni ada orang sayang dia tapi dia tak sayang orang tu. kalau orang boleh nasihatkan kita untuk pilih lelaki yang kedua tu sebab dia sayang kita, kenapa tak nasihatkan je lelaki yang pertama tu untuk pilih kita sebab kita sayang dia? bukan ke sama je. agak hairan bukan.

bagi aku, lebih baik tak payah pilih antara dua pilihan tu. sebab aku tahu kalau dia pilih salah satu, mesti akan ada pihak yang akan tak puas hati pastu dibomohkannya budak tu terluka. sama ada dia terluka atau lelaki yang kedua tu terluka. lelaki yang pertama tu takde hal la sebab takde pape feel kat dia kan. kahkah.

aku nasihat korang, cari jelah yang lain. cari lah yang hensem, macho, baik, penyayang, tegap, gagah, romantik, sweet, bergaya malah berkaliber macam aku yang sama suka sama rasa. bukan dua lelaki tu je yang ada kat dunia ni. kalau masing-masing ada mutual feelings pun tak menjadi jugak, tak boleh buat apa lah tu urusan Allah. manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. eceh. mungkin Allah dah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita, redha jelah. jodoh kita pun dah ditentukan, tinggal nak cari je. so jangan terlalu kecilkan skop, sebab kita tak tau lagi jodoh kita tu macam mana dan datang dari golongan yang mana. mungkin lelaki yang dulu tak suka kita or kita tak suka lelaki tu sebab dia jahat ke apa, tiba-tiba berubah pastu suka kat kita, tersayang pulak, pastu kahwin, end up bahagia. kita pun tak tahu kan. so teruskanlah mencari dan kurangkanlah berharap. jangan terlalu gopoh membuat keputusan dan jangan putus asa (kalau nak kahwin lah). semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat ; )


p.s. : ni cuma pendapat ikut sesedap rasa aku & pengalaman aku je ni. kalau silap silalah tegur dengan berhemah :D