Tuesday, August 23, 2011

Dua tiga kucing berlari, mana kan sama si kucing belang.

Johnny, Kitty, Minah, Belang, Ujang, Mimi, Atan, Pit, Putih dan Lebek. Aku tahu, nama-nama kucing aku bukanlah antara nama yang paling cool didunia. Ada banyak lagi yang cool-cool sebenarnya, tapi dah lupa. Hihi. Kucing je takkan nak bagi nama Fatin Arina, Iklil Iwani, Altamis Anaqi mahupun Nur Ilham Irdina kan. Nak bagi nama mat salleh, masa tu masing-masing kecik lagi, mak abah aku pun tak fasih sangat cakap omputih. Bedal la bagi nama ikut sesedap rasa, janji senang ingat.

Tapi dalam banyak-banyak kucing, aku paling ingat si Kitty, kucing Parsi warna kelabu yang kuat kentut paling vogue dan mempunyai ciri-ciri kucing betina yang sejati.

lebih kurang macam kucing ni, tapi lagi kembang pastu muka dia tak camtu.

Anak dia ada 3, tapi 1 dah bagi orang, 2 lagi mati. Tinggal Kitty je kucing yang ada kat rumah. Kitty satu-satunya kucing yang penah kentut kat muka mak aku. Memang biadap, tapi kucing apa tahu pasal sopan santun adab tatasusila. Tepuk bontot dia sekali cukup la sekadar bagi pengajaran. Apa, ingat kucing tak kentut ke. Dia pun makan macam kita, tahi dia pun busuk macam kita. Bezanya kentut dia tak busuk macam korang. Korang la, aku kentut tak busuk. Kahkah. Ok tak lawak.

Mak aku sayang betul kat Kitty tu sebab dia lah kucing yang paling kembang bulunya. Tapi aku tak sangat la. Masa tu budak-budak lagi apa tahu erti kehidupan, kasih sayang dan cinta sejati. Puii. Yang aku tahu seronok nak buat yang bukan-bukan kat kucing. Lambung-lambung dia sampai dia buat backflip, takut-takutkan dia guna teletubbies kakak aku sampai dia mengamuk. Macam-macam jugak aku buat.

contoh gambar mangsa
(sekadar hiasan)

Tapi ada suatu hari ni, tak tahu la dah kena sampuk ke apa, aku jadi jahat gila, kejam habis. Kerja aku nak takutkan si Kitty tu je. Kitty takut dengan vacuum cleaner, aku apa lagi amik kepala vacuum tu aku acah-acah kat dia. Lintang-pukang dia lari sampai menyorok dalam kain batik mak aku mesin basuh, bawah katil dan sebagainya. Dah menyorok bawah katil pun aku masih tak putus asa nak takutkan dia. Aku rasa dia betul-betul takut masa tu tengok dari riak muka dia. Aku pulak saje tinggalkan kepala vacuum tu depan katil, tengok dia berani tak berani keluar. Dah puas hati aku blah pegi dapur pau makanan mak aku.

Sesudah kenyang, aku patah balik masuk bilik tengok perkembangan Kitty. Tengok-tengok dia dah takde, tak tahu macam mana dia keluar. Pusing satu rumah cari, takde. "Oh, mungkin dia keluar kejap makan rumput kat luar agaknya. Tak pun pergi cari jantan untuk memuaskan nafsu serakah kot" kata aku dalam hati.

Tapi, dari siang sampai ke malam, Kitty tak balik-balik. Mak dah mula risau. Panggil-panggil kat luar tak muncul jugak. Esoknya, Kitty masih tak balik. Sambil kayuh basikal nak pergi sekolah, aku tengok-tengok jugak kalau-kalau terjumpa. Tapi tak jumpa-jumpa jugak.

Sampai la hari ketiga, tiba-tiba Mak ternampak Kitty kat depan pagar. Dia nampak lemah. Dah kurus kering macam tak makan. Badan dia macam ada kesan kotoran longkang yang dah kering. Tersentak tengok keadaan dia macam tu, mak bawak masuk, mandikan, bagi makanan dengan susu sebab dia suka minum susu. Tapi entah kenapa dia tak minum, makan pun tak. Tiba-tiba tergerak dalam hati aku, "Entah-entah dia merajuk kat aku pastu lari rumah tak". Tapi fikir balik, macam tak logik, kucing boleh ke merajuk. "Mungkin dia takut sangat kat vacuum tu, lari laju-laju sampai termasuk longkang pastu tak boleh keluar", dalam hati aku. Pastu tiba-tiba aku teringat, sehari selepas dia tak balik rumah tu hujan lebat, air longkang penuh. Astaghfirullahalazim. Rasa bersalah yang teramat.

Esoknya, dia masih taknak makan minum. Kalau makan pun sikit. Langsung tak berbunyi, diam je macam tengah sakit tenat. Sayu sangat tengok dia macam tu. 2-3 hari berterusan macam tu, Kitty terus nazak. Dia nazak waktu tengah malam, semua orang dah tidur. Mak je yang terjaga nak pergi tandas, ternampak Kitty tengah sesak nafas, tak lama terus mati. Mungkin mak terlampau sedih, lepas tu dia terus hilang semangat nak bela kucing lagi.

Sejak kes tu, aku betul-betul sayang kucing. Tak boleh tengok kucing lapar ataupun kena pukul. Rasa kesian. Aku selalu doa mintak dosa aku diampunkan. Aku dah insaf. Semoga roh Kitty dicucuri rahmat.

mungkin kucing takde akal, tapi tak mustahil dia masih ada perasaan.


Friday, August 19, 2011

Insan yang cemerlang datang dari akal yang sihat, dan jiwa yang tenang. Ya, ya.

Aku dapat rasakan menggunakan 6th sense aku, korang tertanya-tanya lagi apa benda pulak aku nak mengarut kali ni. Kahkah. Apsal la suka pulak aku bagi tajuk yang tak berapa nak berkaitan dengan entri. Aku pun kurang pasti kenapa. Mungkin kerana terdapatnya elemen surprise apabila menggunakan tajuk yang pelik-pelik, mengarut lagi tak berkaitan luar biasa dan unik. Cewah bajet Kesusateraan Melayu sekolah rendah pulak cerita pasal elemen. Puii.

Korang masa kecik-kecik dulu, masa tadika ke masa sekolah rendah ke, penah lalui perkara ni? Masuk kelas, perkenalkan diri, pastu cerita pasal cita-cita masing-masing. Siapa tak lalui memang dia rugi. Time ni la paling seronok sekali nak tunjuk lagak kat cikgu dan taulan handai (rakan taulan + sahabat handai, hence, taulan handai), betapa kewlnya cita-cita korang yang tinggi kelangit tu. Mula-mula masuk je sekolah, kena berbaris. Kalau hari Isnin, kena baca ikrar, nyanyi, dengar cikgu membebel bagai semua tu. Dah habis tu masuk kelas, cikgu pun masuk. Ketua kelas pun jerit, "Bangun semuaa! Selamat pagi cikgu!", pastu semua pun ikut. Kalau dah masuk tengahari tapi ketua kelas cakap selamat pagi pun semua bantai ikuuttt. Apa pun tak boleh.

kalau korang terer, cari aku sampai jumpa. kehkeh

Masa awal-awal sekolah mula, biasanya cikgu tak mengajar lagi. Kadang-kadang dapat cikgu baru, dia akan mula dengan sesi pengenalan diri. Lepas kenalkan diri dia, dia suruh murid-murid pulak kenalkan diri. Masing-masing pulak taknak kalah, ada yang bagi nama manja kat rumah la (macam Boboi, Gegurl, Tipah, Letchumi dan sebagainya), ada yang cakap tak tau asal mana la, tak kurang jugak ada yang cakap hobi dia mengumpul setem. Memang dahsyat. Macam-macam kerenah.

Biasanya lepas semua dah perkenalkan diri, cikgu-cikgu dah mati akal nak buat apa. Kalau tak suruh murid-murid buat kerja sendiri tapi jangan bising, dia akan suruh murid-murid cerita pasal cita-cita. Haa time aku kena dulu mula-mula dengan cikgu bahasa melayu, darjah berapa aku tak ingat. Masing-masing cerita dengan bangga, ada yang nak jadi arkitek, ada yang nak jadi doktor, ada yang nak jadi angkasawan. Sampai kat aku, aku cakap aku nak jadi polis (cita-cita standard budak-budak bagi bila dah tak tau nak jadi apa). Cikgu tanya kenapa, aku cakap tak tahu. Time tu kan Robocop tengah naik. Berangan la nak jadi polis dapat pegang pistol, main tembak-tembak. Takkan nak cakap, malu la. Kehkeh.

gambar hiasan

Tu cikgu bahasa melayu yang tanya. Lepas tu cikgu bahasa inggeris pulak masuk, dia tanya cita-cita jugak (dah takde idea lain letteww). Macam tadi jugak la masing-masing punya cerita, tapi sampai kat aku terus jadi lain. Aku mula menunjukkan tanda-tanda kegoyahan, tak kuat iman dan tak tetap pendirian. Aku terus tukar cita-cita. Tetiba rasa polis macam tak best pulak. Kahkah. Aku bagitau cikgu tu cita-cita aku, bangga betul dia aku nak jadi pelukis (artist). Excited kemain, siap cakap aku ni unik, ada cita-cita yang interesting. Padahal dia yang silap paham, sebenarnya aku cakap aku nak jadi artis (celebrity). Masa tu kecik lagi, mana aku tahu nak cakap artis apa dalam english. Cikgu tu boleh bantai ingat aku nak jadi pelukis. Hentam saje la labu. Aku anggukkan aje. Kahkah.

Aku sendiri pun pelik bila fikir balik. Biasa budak-budak standard mesti cakap nak jadi arkitek, businessman, doktor, cikgu, askar, polis, bomba dan yang sama waktu dengannya. Aku kecik lagi, apa aku tahu pasal artis, tapi boleh main bedal nak jadi artis. Nasib baik masa tu cikgu yang tanya, bukan mak abah aku yang tanya. Silap haribulan kena rotan terus. Untung cikgu tu tak suruh aku ketuk ketampi. Kahkah. Mungkin sebab kurangnya pendedahan pasal kerja oleh mak abah aku menyebabkan aku tak tahu cita-cita apa yang best nak pilih. Ke sebab terlebih pendedahan sampai nak jadi retis (artis). Itu yang kita tak tahu. Kahkah.

gambar hiasan

Korang cuba bayangkan bila korang dah ada anak kang, sedara mara ke jiran tetangga ke datang rumah, diorang tanya, "Boboi boboi, bila dah besar nanti boboi nak jadi apa?", anak korang jawab, "Nak jadi retis auntie!". Maunya korang tak terasa macam taknak mengaku anak?


*Pesanan khidmat masyarakat: Jangan bagi anak korang tengok yang bukan-bukan masa kecik. Kang terikut-ikut macam artis yang tak berapa nak senonoh tu payah. Nasib baik aku tak terikut jadi artis. Kehkeh.


Tuesday, August 9, 2011

Kau Tahu Ku Merinduimu, Ku Tahu Kau Menyintaiku. Oh, Kasih. Bersabarlah Sayang. Saat Indah Kan Menjelma Jua.

aku dapat rasakan menggunakan 6th sense aku yang korang tengah menyumpah seranah dan melemparkan kata-kata kesat sebab aku tulis lirik lagu In Team yang jiwang habis tu tertanya-tanya apa benda yang aku nak merapu perbincangkan dengan tajuk entri yang penuh kontroversi tu. macam haram. aku tahu. sebenarnya tak berkaitan pun. kalau ada pun, bau-bau bacin je. kahkah. ok, serius sikit.

camni sebenarnya. ada kawan aku ni, dikenali sebagai Aminah Gendut (bukan nama sebenar, identiti beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, *sambil baca guna nada pemberita*), dia ada dua pilihan. dia tanya mana satu pilihan yang sepatutnya dia pilih, sama ada:

1. pilih lelaki yang hensem dan kaya tapi jahat yang dia sayang tapi lelaki tu tak sayang dia,
atau
2. pilih lelaki yang tak hensem dan miskin tapi baik yang sayang dia, tapi dia tak sayang lelaki tu

hm, agak sukar nak buat pilihan macam ni. takde pilihan yang saling sayang menyayangi pulak. antara satu sebabnya kenapa susah, kita tak tahu masa depan kita macam mana. kita tak tau mana satu yang akan berjaya hingga ke akhir hayat dengan kita. mungkin akhirnya lelaki yang pertama tu memang takkan dapat sayang dia, atau dia sendiri tak dapat sayang lelaki yang kedua tu. keliru bukan. tapi dari maklumat yang aku dapat, majoriti suggest yang kedua (berdasarkan status yang ditulis dan respon orang ramai). tapi, kenapa macam tu?

honestly, sampai sekarang aku pun masih kurang faham kenapa orang suggest yang kedua. sedangkan, kalau kita fikir dari sudut lelaki yang pertama tu, dia pun melalui situasi yang sama, yakni ada orang sayang dia tapi dia tak sayang orang tu. kalau orang boleh nasihatkan kita untuk pilih lelaki yang kedua tu sebab dia sayang kita, kenapa tak nasihatkan je lelaki yang pertama tu untuk pilih kita sebab kita sayang dia? bukan ke sama je. agak hairan bukan.

bagi aku, lebih baik tak payah pilih antara dua pilihan tu. sebab aku tahu kalau dia pilih salah satu, mesti akan ada pihak yang akan tak puas hati pastu dibomohkannya budak tu terluka. sama ada dia terluka atau lelaki yang kedua tu terluka. lelaki yang pertama tu takde hal la sebab takde pape feel kat dia kan. kahkah.

aku nasihat korang, cari jelah yang lain. cari lah yang hensem, macho, baik, penyayang, tegap, gagah, romantik, sweet, bergaya malah berkaliber macam aku yang sama suka sama rasa. bukan dua lelaki tu je yang ada kat dunia ni. kalau masing-masing ada mutual feelings pun tak menjadi jugak, tak boleh buat apa lah tu urusan Allah. manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. eceh. mungkin Allah dah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita, redha jelah. jodoh kita pun dah ditentukan, tinggal nak cari je. so jangan terlalu kecilkan skop, sebab kita tak tau lagi jodoh kita tu macam mana dan datang dari golongan yang mana. mungkin lelaki yang dulu tak suka kita or kita tak suka lelaki tu sebab dia jahat ke apa, tiba-tiba berubah pastu suka kat kita, tersayang pulak, pastu kahwin, end up bahagia. kita pun tak tahu kan. so teruskanlah mencari dan kurangkanlah berharap. jangan terlalu gopoh membuat keputusan dan jangan putus asa (kalau nak kahwin lah). semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat ; )


p.s. : ni cuma pendapat ikut sesedap rasa aku & pengalaman aku je ni. kalau silap silalah tegur dengan berhemah :D