Thursday, August 11, 2011

Restu ibu bapa

-Cerita ini ditulis BERDASARKAN kejadian sebenar-

Di suatu malam yang hening (aku pun tak pasti malam ada hening ke tak, tapi aku sengaja bubuh kononnya nak menambahkan efek suasana), aku bersama kedua mak dan abah sedang enak menjamu selera didapur. Lalu mak pun seperti biasa memulakan bebelan yang tak berkesudahan beliau topik perbualan.

"Lama mak tak dengar cerita pasal Qasidah (bukan nama sebenar, identiti beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan). Dia takde datang-datang sini dah pun. Engkau takde keluar-keluar dengan dia lagi ke?", tanya mak dalam nada serius.

Aku terdiam seketika, memikirkan jawapan yang kurang biadap kerana bimbang mengguris hati beliau yang terbaik untuk menjelaskan keadaan tanpa menyebut perkataan taboo didalam rumah iaitu break up.

"Orang dah tak dengan dia lah mak", jawab aku ringkas.

"Oh engkau dah break up dengan dia ke..."

....

Rupanya mak lebih gangster kerana telah memecahkan taboo tersebut. Penggunaan terma berbahasa inggeris tersebut jelas menunjukkan beliau cuba untuk kelihatan urban, hip dan up to date dengan remaja zaman kini.

"Dah berapa bulan dah. Ada la dalam 14 bulan kalau tak silap", jawab aku sambil cuba meloyar buruk.

Mak menahan geram lalu diketap-ketap gigi palsunya. "Macam mana boleh break up? Engkau main kayu tiga ke? Dia yang mintak ke engkau yang mintak?", tanya mak dalam nada sinis sambil cuba mengkuis serpihan cili yang terselit dicelah gigi palsu beliau.

"Entah la mak. Dia yang mintak. Hari tu orang ada ternampak dia bergambar berdua-duaan naik moto dengan lelaki mana entah, yang bergambar buat bentuk love pun ada mak."

gambar hiasan

"Orang nampak kat facebook kawan dia. Dia pergi Pulau Pangkor masa tu, tapi pergi senyap-senyap. Pastu dah berapa kali kantoi dia mesej-mesej lelaki lain malam-malam buta, tapi mesej orang dia tak reply", balas aku dalam geram bercampur sedih. Hampir-hampir aku menitiskan air mata jantan aku yang tak ternilai dengan wang ringgit ni.

Tapi, hati seorang ibu mana yang tak tersentuh melihat anaknya kesedihan. "Engkau tak payah la sibuk-sibuk cari girlfriend lagi Mizan. Habiskan belajar tu dulu", ujar beliau lembut.

Aku mengangguk akur.

Tak semena-mena abah pun mencelah, "Abah dah agak dah. Engkau ni jadi kadam dia je. Disuruh hantar kesana sini. Abah dah cakap dulu, engkau degil", kata abah sambil menghirup kopi superpower misai kucing beliau.

....

Ayat abah ringkas, tapi tajamnya tak hingat. Aku terdiam. Aku mengaku masa aku dengan Qasidah dulu, aku setiap hari ada jugak ambik and hantar dia pergi kerja. Semata-mata nak menunjukkan yang aku ni sweet dan romantik tak seperti lelaki lain taknak dia susah kena pergi or balik kerja naik bas. Tapi untuk menyejukkan hati aku cakap, "Takpela abah. Dah takde jodoh nak buat macam mana. At least dapat pahala jugak tolong dia"

Taknak dimarahi lebih lanjut, aku menukar topik, "Betul ke mak tak suka kat Qasidah dulu sebab dia tak pakai tudung?"

"Takde lah. Mak tak kisah pun. Yang penting dah kahwin nanti pakai la"

Walaupun mak cakap camtu, tapi aku dapat rasakan menggunakan 6th sense aku, mak sebenarnya sekadar cuba bersikap open minded seperti ibu bapa zaman milenium yang lain nak sedapkan hati aku je. Aku tahu kalau boleh dia nak calon menantu macam Heliza Helmi yang bertudung. Sebabnya, kalau dari awal dah pakai tudung, InsyaAllah lepas kahwin akan terus pakai tudung. Tapi kalau awal-awal tak pakai, lepas kahwin belum tentu lagi dia nak pakai. Tak boleh nak harap orang akan berubah untuk kita, sebab takut dia buat tu bukan sebab dia sendiri nak buat, hati tak rela, benda tu akan jadi beban. Kalau dia tak tahan, masak kau. Pulak tu kalau dia tak berubah, kita yang kena tanggung dosa. Payah, payah. Bak kata orang, wanita bertudung tak semestinya baik dan wanita yang pakai seksi terjojol sana terjojol sini tak bertudung tak semestinya tak baik, tapi wanita yang baik mesti bertudung. Eceh berfalsafah pula aku. Ekeke.

gambar hiasan
(hiasan pun, comel jugak kan. rasa macam nak cubit. kehkeh)

Maka, sejak hari itu, aku telah berazam. Aku nak cari calon yang cun macam Juliana Evans, suara merdu, terer masak, pandai urut, rajin mengemas, boleh cebokkan berak budak dan pandai buat lawak spastik yang bertudung, mempunyai ciri-ciri wanita yang baik dan mak abah aku suka (merestui). Yang lain sederhana pun dah cukup. Suatu hari nanti, insyaAllah mak, abah. Cewah bajet cerekarama. Puii.


p.s.: Restu mak bapak tu penting kalau nak jodoh berkekalan. Kalau tak dengar cakap mak abah, dah jadi derhaka. Tu yang boleh jadi tak bahagia or jodoh tak panjang tu.


3 comments:

  1. kali ni ak suke entry kau.sbb mcm ad ayat ak terselit2 dlm entry tuhhhh :pp

    ReplyDelete
  2. alala, kesiannye ng ko... aku kenal minah tu...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ko kenal ke? bila korang berkenalan? haha. biar la weh, benda dah lepas. ada la tu hikmahnya. aku pun dah ok je sekarang. tunggu masa nak kawin :p

      Delete

Boleh merapu, boleh meluahkan perasaan. Jangan malu, jangan segan.