Wednesday, December 26, 2012

Cincin emas

Jalaluddin: Wahh.. Cantiknya cincin tunang kauu.. Kelass weh.. Kalau macam ni berapa harganya?
Aminah    : Kau nak cincin macam mana? Emas tulen ke emas putih?
Jalaluddin: Aku suka emas putih. Tapi orang cakap kalau jual balik takda harga kan.. Entah lah..
Aminah    : Engko ni beli cincin kahwin, engko nak jual balik ke? Baik beli blok emas cenggitu.

Dan kelihatan masing masing terdiam sejenak. Ada malaikat lalu barangkali.


Saturday, December 1, 2012

Sebutir beras ibarat setitik peluh petani

Ali   : Alamak, aku takde duit kecik lah nak bayar duit kau. Takpe lah ambik jelah baki dua ringgit tu.
Abu : Alhamdulillah.. Boleh lah aku buat beli pape guna duit ni. Yes!
Ali   : Hek eleh, poyo gila. Dua ringgit je pun..
Abu : Kenapa kalau dua ringgit? Kalau dua ringgit takleh kira sebagai rezeki? Nak kena doblas ringgit baru boleh bersyukur ke macam mana?



"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya, nescaya Allah akan memberinya jalan keluar, serta rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka, yakni dari arah yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya."

Ath-Thalaq: 2-3


Sunday, November 18, 2012

Nikmat atau ujian?

Hari itu, mak abah aku tak ada kat rumah. Jadi aku harus mencari makan diluar. Bukan aku tak pandai masak, kalau diikutkan skil memasak aku boleh dikatakan setanding Azwan Ali.

Gambar hiasan
Tapi apakan daya aku letih baru balik kerja. Perut pun dah kebulur, kalau nak aku masak sendiri mungkin ada yang tak sempat makan atau barangkali makan penampar. Justeru itu, ngam ngam lepas maghrib aku terus merempit ke gerai Nasi Lemak Pak Lang.

Sesampainya aku kat gerai, tengok orang ramai. Pesen gerai tu memang tak ada orang beratur, jadi aku pun berdirilah kat belakang orang lain. Tak lama tu awek india kat depan aku blah lepas dapat nasi lemak dia. Aku masuk. Sekarang sebelah aku ada sorang lelaki melayu dengan sorang lelaki india. Aku tak tahu siapa datang dulu, siapa dah order. Tukang bungkus nasi lemak ada dua orang.

Disebabkan aku datang lagi lambat dari diorang, maka aku tunggu lah orang lain order dulu. Lelaki india kat sebelah aku cecepat order. Aku pun tunggu turn aku. Nasi lemak dah nak siap bungkus, jadi aku pun tunggu lelaki melayu sebelah aku ni order. Tapi dia tak order. Aku fikir, mungkin beliau dah order lama kat brader pembungkus nasi lemak yang lagi sorang, tapi tak dapat lagi sebab dia order banyak. Lalu aku pun order nasi lemak ayam masak ros tambah paru paru masak sambal. Amboi panjangnya.

Specifications may vary
Tak lama tu aku dapat nasi lemak aku. Tiba-tiba lelaki melayu tu tanya lelaki cina sebelah dia, "Awak dah order? Ha lepas ni awak order, lepas tu saya. Nanti asyik orang lain order dulu, kita tak dapat" kata lelaki tu sambil menekankan nilai-nilai murni 1Malaysia dalam diri beliau. Terperanjat lah aku. Tadi senyap je, bila aku dah dapat nasi lemak marah pulak. Lalu aku pun membahaskan ke muka dia, "Bro apa masalah engko ni? Apa pasal engko tak order terus tadi? Engko nak tunggu brader pembungkus tu tanya ke baru engko nak order? Macam tu lambat lah. Dia banyak kerja, tak ada masa nak tanya sorang sorang. Memang aku order dulu, tapi brader tu nak buat siapa punya dulu tu terpulang dia lah. Time waits for no man bro. It's either you act or you missed your chance", kata aku dalam hati.

Aku pun berlalu pergi dengan sedikit rasa bersalah dan kesal.


*********

Keesokan harinya, aku ditugaskan untuk beli sarapan. Kali ni di restoran Cikgu Corner pula. Disebabkan kes yang berlaku semalam, aku perlu berhati hati kali ni. Jadi, sesudah sampai di kedai Cikgu Corner, aku perhati orang orang kat sekeliling. Kali ni aku harus pastikan yang orang lain dah order dulu sebelum aku order. Nampak ada tiga orang tengah tunggu, mungkin diorang pun nak bungkus. Jadi aku pun duduk dulu. 

Tak lama tu sorang dapat makanan dia. Yang lagi dua ni aku tak tahu dah order belum. Muka salah sorang tu muka jenis orang yang selalu tak puas hati.

Lebih kurang cenggini lah muka beliau
Lelaki yang sorang lagi ajak berbual pun buat muka serupa nak taknak je borak. Ada juga aku rasa macam nak lempang, tapi apakan daya aku tak berhak melempang orang sesuka hati. Aku kena lebih berhati hati manalah tahu tetiba dia nak lempar meja ke apa kalau aku dapat dulu kan. Tak lama lepas tu makcik pekedai tu tanya diorang balik apa benda diorang order. Ok cun, confirm diorang dah order. Jadi aku pun order.

Sambil tunggu tu aku layan TV3 dulu ada pasang talk show. Diorang jemput artis, live band. Terasa aneh aku rasa bila tengok band members dia semua stok pakai serban bersama jeans dan t-shirt, bassistnya pulak perempuan bertudung molek. Lebih aneh bila diorang nyanyi lagu berlirikkan Islamik tapi nyanyi suara teran teran. Geleng kepala aku dibuatnya. Ok dah nampak macam aku pun lebih kurang macam nak terpesong jugak kan cerita pasal band berbanding cerita pasal bungkus makanan.

Sejurus lepas band tu habis nyanyi, ngam ngam makcik pekedai tu datang kat aku bawak makanan aku dah siap bungkus. Lalu aku pun toleh ketepi. Ah sudah. Pakcik bermuka tak puas hati yang order sebelum aku tadi tak dapat lagi makanan dia.

Aku dah mula serba salah. Nak kasi makanan aku kat dia, order tak sama. Ni dah dua kali berturut turut jadi kes macam ni. Nak taknak aku kena lah ambil juga. Jauh disuatu sudut di dalam hati aku, aku berdoa agar dia tak perli perli aku macam pakcik semalam ataupun memaki hamun serupa orang tiada pedoman. Pelan-pelan aku jalan taknak pandang muka dia takut kena marah. Pheww. Selamat. Pakcik tu tak cakap apa-apa.

Masa balik tu, sambil naik moto aku cuba fikir. Ni satu bentuk ujian ke macam mana sebenarnya? Kalau betul ia satu ujian, ujian ni untuk aku ke untuk diorang yang lambat dapat makanan diorang? Sampai sekarang aku masih terfikir-fikir kenapa jadi macam tu.


Tuesday, October 23, 2012

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya malam pun masih panas.

Jodoh tu ditangan Tuhan. Kalau dah takde jodoh, macam mana pun nanti akan terputus jua. Tapi janganlah pulak engko yang jadi punca diorang tu putus cinta. Engko tunggu jela diam diam sampai diorang putus sendiri. Tu pun nak kena ajar ke. Tapi kalau sampai ke sudah diorang tak putus putus jugak, tu tandanya engko yang nak kena putus, putus asa. Ok dah. Bye.


Saturday, August 11, 2012

Selangkah demi selangkah, setahun sudah pun berlalu.

Sempena bulan marhaban ya ramadhan al mubarak ni, gua rasa molek lah kalau gua membuat post yang lebih bersifat sopan santun dan berkeperibadian mulia dalam menyokong seruan kerajaan terhadap kempen 1Malaysia. Ya, macam tiada kaitan tapi gua sengaja selitkan sebab nak menambahkan efek keriangan dalam post kali ni. Engkorang ada rasa riang tak? Bagus.

Gua nak cerita pasal amalan bersedekah sebenarnya. Terus terang gua cakap dulu memang gua kedekut. Kedekut dengan pemintak sedekah. Dengan family atau rakan taulan sahabat handai tak lah sangat. Kira gua dah bersikap diskriminasi, berkira dan racis lah senang ceritanya. Taknak tolong orang luar dan orang yang memerlukan. Sedangkan kalau difikirkan, family dan rakan rakan gua boleh kata hampir keseluruhannya orang berkemampuan.

Tapi, tu semua dah berubah sejak lebih setahun yang lepas. Semuanya bermula pada suatu malam dimana gua telah disound tepek oleh abang gua. Gua tak pasti lah mana beliau tahu, tapi yang pasti beliau tahu yang gua memang selalu tak sedekah kalau ada orang mintak sedekah, lagi lagi yang datang dengan niat cuba nak memperdaya gua dengan  menawarkan tisu sebagai saguhati kalau gua sedekah. Okay yang last tu gua tokok tambah. Tapi yang pasal abang gua tahu gua tak sedekah tu betul lah. Barangkali beliau menggunakan 6th sense beliau untuk cuba meneka perilaku gua. Wah dah lama rasanya tak sebut pasal 6th sense dalam blog.

Gua sebenarnya bukan apa, gua malas sedekah kat pemintak sedekah ni sebab gua fikir terlampau banyak sangat kes tipu dan sindiket yang mempergunakan orang cacat, budak kecil dan sebagainya untuk meraih simpati orang. Jadi buat apa gua nak sedekah kalau yang untung sindiket tu? Dan gua yakin, ramai orang berfikiran sama macam gua. Kannn? Tapi gua boleh cakap yang engkorang sebenarnya dah silap.

Cuba engkorang fikir. Kalaupun duit yang kita sedekahkan tu sindiket tu yang ambik, cuba fikir pulak siapa yang bela diorang, yang bagi diorang makan? Lepas tu, duit yang nak diguna untuk bagi diorang makan tu datang dari mana? Dari engkorang lah jugak. Memang ada kemungkinan, duit tu sindiket tu yang ambik lebih. Tapi sebahagian dari duit tu tetap pergi kat pemintak sedekah tu jugak, betul?

Tu satu hal, lagi satu, yang engkorang fikir banyak kes tipu, sindiket dan sebagainya tu, engkorang boleh tahu ke mana satu tipu mana satu betul? Tak tahu kan? Kalau buatnya yang mintak sedekah tu betul pemintak sedekah sejati, tapi engkorang fikir dia tipu, bukan ke tu dah kira bersangka buruk? Tu belum cerita dosa yang engkorang dapat kalau engkorang kutuk dia lepas tu tuduh dia terlibat dalam sindiket dan sebagainya.

Nak dimudahkan cerita, sedekah ajelah. Kalau tak mampu bagi banyak, bagi sikit pun tak apa. Takkan lah seringgit pun tak boleh bagi. Sampai hari ni gua tak pernah dengar lagi orang jadi miskin, papa kedana sebab sedekah. Kita kena ingat, dalam setiap rezeki kita tu ada bahagian orang lain. Secara mudahnya, bahagian orang lain tu adalah bahagian tauke-tauke kedai, penyelia berukben korang dan sebagainya, termasuklah sekali dengan orang yang tak berkemampuan seperti peminta sedekah. Kesimpulannya, sedekah ajelah kalau ada duit lebih, tak kiralah siapapun dia. Dia tipu ke, tak tipu ke, tu urusan dia dengan Allah. Yang penting engkorang kena ikhlas, niatkan sekadar nak bagi sedekah. Kalau tak ikhlas, sia-sia jugak.

Engkorang kena tahu, orang-orang macam ni lah yang akan doakan kita. Pengalaman gua sendiri (lepas dah kena sound tu lah), first time gua bagi sedekah, peminta sedekah tu terus doakan semoga rezeki gua dilipatgandakan kat situ jugak. Kira peminta sedekah tu bagus lah sebab gua tolong dia dengan bagi dia duit, dia tolong gua balik dengan doakan gua. Kalau gua tak sedekah, takkan tetiba dia nak doakan gua, betul?

Lepas tu, sedekah ni pun boleh menambah dan memanjangkan rezeki katanya. Jangan ingat engkorang dah kaya sekarang, engkorang tak boleh lingkup suatu hari nanti. Dengan izin Allah, semua benda boleh jadi. Mudah-mudahan kalau engkorang sedekah tu, rezeki engkorang akan bertambah dan berpanjangan sampai meninggal lah. Tapi jangan lah sebab engkorang nak rezeki bertambah atau nak kaya, baru nak sedekah. Tu pun tak boleh jugak, niat dah terpesong. Kaedahnya, niatlah bersedekah tu nak bantu orang miskin dan orang yang lebih memerlukan. Niat tak menghalalkan cara, tapi asasnya niat tu kena kasi betul dulu.

Satu lagi, pasal sedekah kat surau atau masjid. Engkorang jangan fikir yang datang surau atau masjid tu semua orang berkemampuan, tak payah sedekah dah. Engkorang ada fikir tak, air, lampu, kipas, aircon, karpet dan semua benda yang ada dalam surau atau masjid tu, datang dari langit ke? Semua tu nak beli, maintan kena pakai duit. Terutamanya air dengan elektrik lah. Yang merasa nikmatnya engkorang jugak. Lagipun masjid tu kan rumah Allah. Jadi apa salahnya hulur sikit, ya tak.

Mudah-mudahan, dengan peringatan yang macam ni dapatlah engkorang menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Bak kata pepatah orang melayu, what you give you get back. Kalau engkorang takde duit sesangat nak sedekah pun, boleh la bawak bawak derma darah kalau kesihatan mengizinkan.

Akhir kata, kalau dah kerja tu jangan lupa bayar zakat ya. Assalamualaikum.


Saturday, August 4, 2012

Tahyul



Berikut adalah beberapa mitos sia-sia berkaitan game konsol yang aku yakin hampir setiap orang pernah cuba buat walaupun korang tahu ianya tahyul. Tak kira lah game tv pakai cartridge yang nak kena tiup kalau tak boleh main tu ke, gameboy ke, PS one ke apa, mitos ini sememangnya sangat terkenal terutamanya kepada mereka-mereka yang selalu kalah kalau main game. Antara mitos-mitos tersebut adalah:

1. Menyengetkan controller, kepala dan seluruh tubuh badan sewaktu bermain game lumba boleh membuatkan motosikal atau kereta yang dimainkan anda membelok dengan lebih tajam dan cepat.

2. Menekan butang dengan lebih kuat akan menambah kekuatan tumbukan dan tendangan pemain dalam game, bahkan mampu membuatkan kereta atau motosikal yang dimainkan menjadi lebih laju atau membrek dengan lebih cepat.

3. Meneran sehendak-hendaknya bagaikan anda menghidap sembelit kronik semasa bermain game akan membantu anda menang dengan lebih mudah.

4. Menyumpah seranah, memaki hamun dan memarahi pemain yang dikawal computer akan membuatkan ia takut lalu memberi peluang kepada anda untuk menang.

Dan bermacam-macam lagi. Gua yang cuma nak list down ni pun dah rasa sia-sia. Yang engkorang pergi buat tu lagi lah gua tak faham. Kahkah. Okaybai


Sunday, July 22, 2012

Janji tak ditepati

Sabri adalah seorang jejaka yang tak kurang tampannya. Selain tampan, beliau juga merupakan jejaka yang baik dan bertanggungjawab. Tapi apakan daya, beliau cuma manusia biasa, tanpa sengaja beliau telah melukai hati teman wanitanya, Mawaddah, kerana lupa untuk mengambilnya dari tempat kerja. Mawaddah jadi tersangat marah, lalu beliau meminta putus dari Sabri.

Mawaddah: Eh kalau macam ni la cara you treat I, kita putus jelah!

Sabri: Sayang, tolong jangan buat I macam ni, please.. I janji I sanggup buat apa je untuk you asalkan you maafkan I.. :'(

Mawaddah: OK, baiklah. I akan maafkan you. Tapi dengan satu syarat..

Sabri: Yes! You cakap je apa. I akan cuba sedaya upaya tunaikan. : ))

Mawaddah: Syaratnya, I nak you jangan cari I lagi lepas ni and lupakan I sampai bila-bila.

..........


Tuesday, June 26, 2012

Table manners; adab meja makan yang sepatutnya diikuti.

Benda simple, tapi korang perasan tak pasal adab meja makan ni macam ada propaganda? Gua tak tahu lah siapa yang reka benda ni, tapi kalau korang perhatikan betul-betul, benda ni macam sengaja direka dan diputarbelitkan untuk bertentangan dengan apa yang diajar Islam. Macam jelah. Sejauh mana kebenarannya, gua kurang pasti.

Ok bagi yang tak tahu pasal adab meja makan ni, atau nama inggerisnya table manners, mungkin boleh refer kepada yang pakar. Tapi antara yang gua pernah diberitahu oleh rakan yang belajar benda ni, gua perasan memang dah tunggang langgang benda ni. Salah satunya ialah cara pegang pisau dan garfu untuk makan steak. Kalau ikut "adab" meja makan ni, garfu kena sebelah kiri, pisau sebelah kanan. Alasan mereka, tangan kanan lebih kuat untuk potong daging. Bermakna korang akan potong guna tangan kanan, suap guna tangan kiri. Islam ajar makan guna tangan apa? Tangan kanan kannn. Tangan kiri tu makan macam siapa? Syaitannn.

Yang kedua ialah pasal menghabiskan makanan. Kalau mengikut "adab" meja makan ni lagi, kita tak boleh habiskan makanan sampai licin. Alasannya, untuk tak kelihatan gelojoh dan macam kebulur sangat. Motif lah? Kalau tak habis, kan membazir. Membazir amalan siapa? Syaitannnn. Kalau ikut sunnah Nabi, kita disunatkan makan guna tiga jari dan bila dah habis makan, jilat jari tu. Bukan setakat kena habiskan makanan je, siap jilat jari lagi. Dah macam iklan KFC pun ya jugak. Dari apa yang gua tahu, kita disunatkan jilat jari sebab kita tak tahu di bahagian jari mana keberkatan tu ada.

Cakap pasal menghabiskan makanan, mungkin ada yang pertikaikan, doktor kata makan berlebihan tak elok untuk kesihatan. Nabi pun tak galakkan makan secara berlebihan, sebab boleh melemahkan minda atau badan, gua kurang pasti yang mana satu. Tapi kalau korang fikir betul-betul, habiskan makanan dengan membazir, mana satu yang berdosa? Cara mudahnya, jangan tamak. Kalau tak habis, minta tolong kawan habiskan. Tak pun bagi kucing ke, bagi peminta sedekah ke apa. Bungkus bawak balik ulang makan ke apa. Pandai-pandai korang lah asalkan jangan buang.

Akhir sekali, gua nak cerita pasal makan buah. Gua perasan, selalu kalau kat kenduri kahwin ke apa, biasa ada serve buah kan? Memang biasa orang akan ambik. Benda free siapa taknak ya tak. Tapi yang ruginya, gua tengok ramai yang makan nasi dulu baru makan buah sebagai pencuci mulut. Sunnah sebenarnya makan buah dulu baru makan benda lain. Sebabnya masa tu perut kita kosong dan tenaga kita masih banyak nak digest buah tu. Maka segala nutrien akan diserap dengan lebih baik. Kalau dah bantai nasi baru makan buah, tenaga nak guna untuk digest buah dah kurang sebab dah guna untuk digest nasi. Untuk lebih jelas lagi, korang mesti perasan bila dah kenyang makan nasi memasing mengantuk. Sebab apa? Sebab nak digest nasi memang banyak pakai tenaga. Sebab tu sunnah makan buah dulu.

So lepas ni, korang boleh la cuba praktikkan makan ikut Islam. Table manners tu tolak tepi. Biar kena gelak, jangan kena bala. Kalau pun tak banyak yang aku boleh tolong dengan buat entri macam ni, sikit pun jadilah asalkan ada perubahan. Bak kata Confucius, "The man who moves a mountain begins by carrying away small stones."


Sunday, April 8, 2012

Tips yang hebat lagi mengagumkan

OK hari ni abang nak membawakan kepada anda semua satu tips yang abang rasa amat berguna bagi mereka yang malu-malu kucing dan segan bagai pelipat daun keladi. Haa peribahasa tu macam tak berapa kena kan. Abang pun tak pasti apa peribahasa yang sepatutnya digunakan, tapi pedulikan. Tu bukan motif utama abang buat entri ni. Kalau nak cerita pasal peribahasa, mungkin kita boleh buat entri baru.

OK berbalik kepada topik kita tadi. Abang tahu, mesti ramai yang tension setiap kali perkara ni berlaku, iaitu sakit perut time kat luar. Nak kena cari toilet dah satu hal, pastu bila dah jumpa toilet kalau busuk, stres kan. Pastu, kadang-kadang perut dah rasa macam nak terburai tapi ramai orang kena beratur pulak. Pastu bila dah dapat masuk toilet, tengah fokus meneran tetiba pulak air ceplum ceplum sebab najis besar lengan, terpercik-percik pulak tu kan. Dah lah bunyi kuat, malu kat orang sebelah dengar, pastu geli pulak air jamban terpercik kena kat punggung bersama sisa kangkung, bayam, jagung dan cili-cilian. Kalau kena kat baju lagi rasa macam nak mencarut. Tension kan?

Haa sekarang anda tidak perlu bimbang lagi. Abang ada satu penyelesaian yang ringkas, mudah dan terbukti berkesan secara saintifik. Untuk mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, caranya mudah saja. Ambil tisu beberapa helai dan tanpa menggumpalkannya, letakkan tisu tersebut pada lubang jamban. Ini akan mengurangkan impak tujahan yang menyebabkan air terpercik sekaligus mengurangkan bunyi ceplum ceplum yang terhasil. Mungkin korang tak percaya, tapi cuba lah baru korang tahu sendiri keberkesanannya. :3


Thursday, March 29, 2012

Pencarian jodoh musim keempat

"Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti."

"Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga."




Aku perasan, kebelakangan ni aku banyak terbaca ayat ni (ramai perempuan post kat facebook). Aku tak tau lah siapa penulis asal dia, tapi aku yakin beliau ialah seorang perempuan, yang mana boleh diperhatikan dari bibit-bibit dan struktur ayat beliau. Haa bibit terus, kelas kau Jah.

OK, sebagai seorang lelaki yang masih mencari tulang rusuk aku yang entah kat negeri mana sekarang ni, aku mempunyai pendapat yang berbeza dari statement tersebut. Kenapa? Sebab aku rasa statement tu tak tepat.

Yang pertama sekali, ditulis kat situ "Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam.". Ayat ni je dah jelas menunjukkan yang statement tu tak tepat, yang mana kalau korang baca kisah Rasulullah S.A.W. sendiri, sebenarnya Siti Khadijah yang melamar Rasulullah. Diulangi MELAMAR ya, bukan mintak nombor telefon, mengorat, chat kat facebook atau sebagainya. Kalau korang tak tahu tak apa, masih belum terlewat untuk ambil tahu, sebab waktu Siti Khadijah melamar Rasulullah pun umur 40, Rasulullah 25. Bagi aku takde masalah tentang umur, kahwin lewat pun takpe, asalkan kedua-dua pihak (termasuk ibu bapa) setuju dan redha. Kalau korang nak baca kisah Siti Khadijah dan Rasulullah ni, boleh klik kat sini dan kat sini.

Yang kedua, ditulis pula "Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik.". Menurut abah aku, statement tu kurang tepat sebab doa tu cuma sebahagian dari usaha. Yang sepatutnya, doa dan usaha kena seiring. Usaha, doa, tawakal. Perlu diingat, jodoh perlu dicari, bukan ditunggu. Allah nak hambanya berusaha, maksudnya bukan setakat berdoa saja, kena lah buat sesuatu juga.

OK, untuk para wanita yang masih takut dicop minah gedik, perigi cari timba dan sebagainya, jadikan lah cerita ni sebagai motivasi. Tapi bukan lah maksudnya perempuan boleh tunjuk miang dan tergedik-gedik macam kucing mintak mengawan. Maksudnya, takde hal pun kalau perempuan yang nak mulakan perkenalan, ataupun perbualan dan sebagainya. Yang penting kena tahu berpada-pada dan menjaga maruah diri. Kesederhanaan tu penting, sunnah tu.

Berbalik kepada statement tadi. Pendapat aku lah, takde masalah pun kalau perempuan yang mulakan dulu untuk mendekati lelaki, sebab tak semua lelaki pandai nak tonjolkan atau beritahu hasrat hati dia. Mungkin lelaki tu dah lama dok usha baik punya, tapi dia jenis pemalu bila dengan perempuan, dah melepas. Lagi rugi kalau lelaki tu dah lah baik, single, hensem, soleh, elegan, berkaliber, bergaya, bermutu serta berkeunggulan, dan perempuan tu pulak memang dah suka kat lelaki tu, tapi sebab dia tunggu lelaki tu yang tegur dulu, tak pasal-pasal melepas jugak. Rugi lah kan. Kalau dah jumpa lelaki yang memang taste korang, single pulak tu, apa salahnya pergi approach je. Kan?

Selain itu (wah dah macam ayat karangan masa sekolah rendah), aku rasa, orang melayu ni terlampau terpengaruh sangat dengan peribahasa melayu, "perigi cari timba" tu. Korang kena ingat, tu ayat yang direka orang melayu zaman dulu berdasarkan adat dan bukan berdasarkan Islam. Banyak lagi sebenarnya adat yang takde kena mengena dengan Islam, contohnya wang hantaran yang terbukti membebankan lelaki (jika nilainya terlalu tinggi), boleh melewatkan perkahwinan dan boleh mengakibatkan dosa bertimbun sebab maksiat yang berpanjangan selagi tak kahwin. Banyak lagi sebenarnya adat-adat yang tak relevan. Yang penting, korang kena utamakan agama dulu lah. Adat tu kalau nak jugak biarlah beragak sikit, ikut kemampuan.

Akhir sekali, aku nak kongsi satu kata-kata dari seorang cina muslim bernama Lee Kim Wah atau Muhammad Hamidi Lee bin Abdullah. Kata beliau,

"Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibu bapa. Maka sebagai ibu bapa, anda wajar mempunyai pertimbangan yang baik untuk anak-anak dan jangan terlalu menghalang, melainkan perkara itu tidak baik untuk mereka. Dan sebagai anak pula, hormati lah pandangan ibu bapa, jangan terlalu mementingkan kemahuan sendiri dan menderhaka, kemudian cari lah jalan terbaik untuk menyenangkan hati kesemua pihak."





Pesanan khidmat masyarakat:
Kalau dah ada calon tu, pastikan mak ayah betul-betul setuju atau redha dulu, baru fikir pasal kahwin. Mungkin mak ayah taknak susahkan kita, dia akan angguk je, tapi dalam hati macam mana korang tak tahu. Tapi biasanya korang boleh tengok dari muka diorang. Kena pastikan diorang tahu calon korang tu macam mana perangainya semua, seeloknya masa awal perkenalan. Aku dah kena sendiri, aku tahu. Hubungan yang tak mendapat redha mak ayah takkan kekal lama. Ingatlah pesan aku ni kalau taknak menyesal.


Thursday, February 23, 2012

Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China.

OK, tajuk entri tu cuma sekadar metafora je. Nak menuntut ilmu tak payah sampai negeri China sangat, kat PTAR 1 pun boleh. Kahkah. Apa yang aku cuba nak bagitahu sebenarnya ialah aku telah berjaya melakukan kesemua perkara-perkara yang berikut untuk grad, termasuk:

  • meluangkan masa sebanyak 12 jam setiap hari bermula khamis hingga ahad untuk buat projek yang akhirnya tetap tak berjaya disiapkan
  • menghabiskan wang sebanyak RM200++ untuk beli bahan mentah dan spare part pyrolyzer yang akhirnya tak dapat digunakan pun
  • menyiapkan juga thesis dalam masa cuma 3 hari walaupun projek tak siap
  • print draf thesis berulang kali dan terpaksa menebalkan muka hantar draf thesis yang formatnya tak betul dan kena marah sebab perbezaan format Word 2010 dan Word 2007
  • menjawab 6 exam dalam masa 6 hari, yang mana 4 daripadanya dijawab dalam masa 3 hari yang pertama
  • terpaksa buat pembetulan untuk hard bound thesis dua kali sebab kesilapan pekerja kedai dan terpaksa burn cd dua kali sebab kecuaian pekerja kedai hilangkan cd

Macam mana? Teruk? Biasa je?

Walaupun macam-macam jugak dugaan aku, dan aku hampir-hampir putus asa sebab hilang semangat, tapi aku teruskan juga. Akhirnya, aku boleh bersyukur sebab aku dah berjaya tempuh semua tu. Kalau aku putus asa time tu, dah tentu kena extend. Buang masa satu, lambat dapat kerja, lepas tu lambat dapat bagi duit kat parents, lambat dapat kahwin, lambat dapat anak, lambat beli handphone baru, ah semua lah jadi lambat. Apapun, aku dah lega dan aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat mak abah dan atok nenek yang selalu doakan aku dan buatkan solat hajat untuk aku. Tak lupa juga kepada rakan-rakan yang menenangkan aku disaat aku keserabutan dan bagi semangat untuk aku habiskan juga semester ni (ayat macam menang pertandingan mewarna peringkat daerah, aku tahu). Dan yang paling penting, syukur pada Allah S.W.T. kerana tanpaNya, semua ni takkan berlaku. Alhamdulillah.


p.s.: Kawan-kawan dan adik-adik, semoga kita berjumpa lagi. Jangan lupa kat aku ya =)


Saturday, February 18, 2012

Inception


Gua nak kongsi satu cerita yang ajaib lagi mistik yang berlaku kat gua baru-baru ni. Gua tahu tajuk entri ni pun dah macam cerita sains fiksyen, tapi cerita ni betul-betul berlaku.

Ceritanya bermula satu petang ni, masa tu gua tengah beromong-omongan dengan rakan gua yang bernama Nurul Hamidah binti Abdul Latif (bukan nama sebenar). Hamidah atau nama panggilannya Kak Midah (juga bukan nama sebenar) tengah bersemangat cerita pasal bisnes MLM yang beliau tengah jalankan. Beliau cuba pujuk gua untuk join, tapi apakan daya gua memang tak minat bisnes MLM ni. Jadi gua pun bagi alasan yang baik nak blah dari situ.

Kebetulan tempat gua lepak tu bersebelahan dengan pantai, petang-petang pulak kan, jadi kalau gua terjun gedebush sekali dalam air memang suatu kenikmatan yang tak terhingga. Pakaian gua pulak memang dah sesuai kalau nak masuk air. Memang gua rasa perfect timing.


Sekadar gambar hiasan.
Pada ketika itu gua masih memakai baju dan bulu ketiak gua tak selebat itu.

Nak dijadikan cerita, dah jalan nak sampai tepi pantai, baru gua perasan handphone dengan dompet gua masih lagi dalam kocek, dan jam tangan berjenama mewah buatan Amerika gua masih lagi kat tangan. Gua dah jadi tak tentu arah tak tahu mana nak simpan. Nak bawak masuk air, jahanam la. Nak patah balik kat kawan gua suruh dia jaga segan pulak sebab tadi dah bagi alasan nak blah. Demmit.

Tengah gua berfikir, tanpa disangka gua ternampak abang gua yang kebetulan masa tu ada kat situ.

"Cantik! Boleh suruh dia jagakan."

 Lepas bagi barang-barang gua kat dia, gua pun berlari-lari anak menuju air seperti kanak-kanak keriangan.



Nak dijadikan cerita lagi, belum sempat gua terjun, gua terperasan macam ada sesuatu kat tangan. Teksturnya lembut, terasa kenyal-kenyal dan bila dipicit-picit, ia menganjal seperti kulit seorang anak dara berumur 19 tahun. Sekali gua pandang, gua tengah pegang dompet gua!


FFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Memang stres betul, dah keluarkan tapi lupa nak bagi. Abang gua pulak dah hilang entah kemana, barangkali tengah sedap menskodeng minah salleh yang tengah berjemur topless kat tepi pantai. Bedebah betul. Tapi tak apa, gua tak putus asa. Gua masih mencari-cari abang gua menggunakan teknik telepati yang gua yakin gua ada. Terbukti, memang gua tak ada benda tu sebab tak dapat jugak cari dia. Haih.

Tapi, tak disangka-sangka gua ternampak pulak rakan sekelas gua waktu diploma dulu. Kebetulan beliau pun tengah bercuti kat situ, waktu tu beliau tengah menyusukan anak beliau. Memang banyak kebetulan, gua sendiri pun macam tak percaya. Tapi semua tu kuasa Allah, gua bersyukur jelah.

Tanpa berlengah, gua terus terjah dia. Tak payah cerita panjang, gua terus bagi dia dompet gua suruh jaga. Agak biadap, gua tahu. Dah lama tak jumpa, datang-datang terus bagi dompet suruh jaga. Tapi kau orang kena faham dia tengah menyusukan anak dia. Takkan nak duduk situ borak panjang, segan lah. Nanti dia fikir gua ni pervert pulak nak nengok dia punya "yang tu" tu. Gua cepat-cepat lah blah. Lagipun gua dah tak sabar nak terjun dalam air. Kehkeh.

Dan akhirnya,



Gedebush!

Dapat juga gua main air. Memang syok habis sampai gua terasa macam nak "sambil menyelam kencing dalam minum air". Tapi gua terpaksa tahan diri, takut terminum air laut nahas gua.

Sedang asyik gua terkapai-kapai menepuk air, baru gua perasan gua tak pakai baju. Baju gua pakai tadi gua tertinggal kat sebelah kawan gua. Macam mana gua boleh selamba bukak baju depan dia tanpa rasa segan silu, lepas tu boleh pulak tak ingat! Nasib baik aurat lelaki tak termasuk buah dada dan anggota-anggota yang dikategorikan sebagai topless. Pheww. Nak taknak gua terpaksa datang balik kat dia amik dan pakai balik dalam air untuk mengelakkan rasa malu.

Dalam gua tengah berusaha nak pakai baju gua balik dalam air, secara tiba-tiba ombak jadi kuat, lebih kuat dari Ombak Rindu filem arahan Osman Ali. Kepala gua dah dalam baju tapi tak jumpa-jumpa lubang keluar, ombak pulak memukul-mukul jadi gua terpaksa tahan nafas. Tahan punya tahan, gua dah macam nak meninggal sebab tak cukup nafas.

Sedang gua meronta-ronta...



Tiba-tiba gua terjaga dari tidur, kat tengah-tengah jalanraya depan rumah waktu hujan lebat!

OK sekarang gua dah rasa pelik gila. Macam mana gua boleh ada kat situ? Gua cuba fikir-fikir, tapi masih tak dapat nak ingat. Nasib baik masa tu takde kereta lalu. Kalau tak mungkin gua dah arwah. Tapi apa yang gua dapat relate, mungkin air hujan tu yang buat gua rasa macam tengah dilambung ombak. Tanpa berlengah, gua cepat-cepat bangun dari situ. Takut juga tiba-tiba ada kenderaan lalu, gua tersedar lagi sekali tahu-tahu dah kat alam barzakh.

Tapi bila nak masuk rumah balik, lepas tutup pagar rumah, gua melangkah je masuk...

Gua tersedar dari tidur lagi sekali!

Tapi kali ni, baru betul gua tersedar kat atas katil.

Holy crap, memang macam inception! Gua tak tipu beb. Dan semuanya berlaku dalam masa 15 minit gua tidur. Nice?

Oh BTW, yang pasal mana datang air hujan tu, gua taknak komen. Okbai.


Friday, February 10, 2012

The requiem

They're exploring troposphere
just like purple butterflies
with the essence of burning desires
through deep unconscious mind
wants oversees reality
but love has no boundaries.

Running, jumping, out of the door
but fear had never felt so close
rain's falling, body's shivering
where silence is the new audio
but hey, hang on
at the end of the day
we're going to see a rainbow!

The sun now rises up
warming up the earth
lighting up the sky
pink cherry blossoms blooming
breezy zephyr hugging, tranquilizing
and i wonder, is this where i'm going?




Oh, rasanya dah cukup lah tu. Aku sendiri pun tak tau apa aku taip sebenarnya. Konon nak berlagak puitis. Kahkah. Okbai.


Monday, January 30, 2012

TARIKH LAHIR KERAMAT (entah apa yang keramat gua kurang pasti)

OK benda ni gua rembat dari facebook. Gua sendiri pun tak dapat pastikan kesahihannya. Mungkin ini kajian dari seorang yang obses dengan tarikh lahir, atau mungkin juga direka oleh seorang yang tiada kerja semata-mata untuk troll. Anyway, dari apa yang gua baca benda ni boleh tahan jugak ketepatannya. Korang cuba lah, just for the fun of it. (Lepas habis menganalisis tarikh lahir korang, skrol ke hujung untuk baca nota tambahan)


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.



Nota tambahan
Gua lahir 7hb, bermaksud gua nombor 7. Ditulis kat situ pasangan ideal gua nombor 2. OK yang tu tolak tepi dulu. Sekarang korang baca nombor 2 punya. Nampak tak, pasangan ideal untuk nombor 2, CUMA  NOMBOR 2, 5 DAN 9, TAKDE NOMBOR 7 PUN. Dan kalau korang perhatikan lagi, SEMUA NOMBOR TAKDE PASANGAN IDEAL DENGAN NOMBOR 7, TERMASUK NOMBOR 7 SENDIRI. Tapi untuk nombor lain, semua ada pasangan ideal dengan nombor lain atau nombor yang sama. Apakah maksud disebalik semua ini? Barangkali orang-orang yang lahir dalam nombor 7 cuma perasan tersalah tanggapan yang dia ideal dengan orang itu atau orang ini, hakikatnya cuma cinta bertepuk separuh dahi tak? Atau mungkin juga terlalu banyak berkorban sampai terkorban dan tak sempat jumpa pasangan ideal? Atau FOREVERALONE? Oh sedihnya.. Tapi tak apa, mungkin ada kesilapan disitu. Lagipun, yang ditulis tu pasangan ideal, kalau tak berapa nak ideal pun, tak bermaksud tak boleh berpasangan kan? Apapun, pasal pasangan tu biarlah Allah yang tentukan, Allah Maha Mengetahui. Yang penting gua kena tetap berusaha, berdoa, tawakal dan redha.


Sunday, January 29, 2012

Gentleman or gentelman?

Say you want to be a gentleman. So, what you should be doing in order to be a gentleman, from my perspective, is to meet her parents asking for permission to marry their daughter ONLY when you are FULLY PREPARED. And what I meant by fully prepared is, having the money to take good care of her including the children you might be having, and acquiring enough knowledge to guide them. Marriage is one serious stuff. Don't take it lightly and make it look so easy. It's not as simple as you might think. Definitely not as simple as saying you want to marry her and *poof*, both of you are married and live happily ever after. Wrong.

It's good if you have the guts to verbally convey your intentions, which I'm terribly bad at, but always remember, action speaks louder than words. There is no point meeting her parents saying you want to marry her, but then you have nothing to offer. So you said you have so much love to give? Love alone is not enough, son. Don't waste your time. Invest some of your time to first learn and look for a permanent job. Don't just give promises and keep her waiting. Say it once you're ready and do it all together. And for that matter, of course I want to be a good gentleman. Pray for me and give me a chance to become one. I will be meeting someone's parents once I got myself prepared.

Now, imagine you want to get a new shirt, but you don't have neither money nor credit card. And then you tell the sales girl, "I want this shirt so badly! If you don't mind, I'll buy it someday.."

So, what do you expect the sales girl to reply?






"Patience; all the good things come to those who waits" -Anonymous


Monday, January 23, 2012

Pakaian

Hari itu, aku melalui hari aku seperti biasa.

Bangun pagi, gosok gigi, mandi, mencukur bulu-buluan dan bersiap untuk ke kelas.

Tapi hari itu hari isnin, maka aku pun memakai pakaian formal.

Lengkap dengan kemeja belang-belang, seluar slack, sepender oren dan berkasut kulit hitam.

Sesudah hensem siap, aku pun berlalu pergi menaiki motosikal Honda CBR100 aku seperti biasa.

Setibanya aku di laluan motosikal bersebelahan lebuh raya, kelihatan polis sedang membuat sekatan jalan.

"Daym! Aku dah hampir lewat ni polis buat road block pulak!", kata aku dalam hati.

Lalu aku pun bersedia untuk berhenti dan memaki hamun polis tu.

"Woi! Kau tahu tak aku dah nak lambat ni? Jangan buang masa aku lah! Kalau nak duit rasuah cakap!"

Kelihatan polis tu terdiam membisu, lalu dia suruh jalan.

Barangkali dia cuak dengan aku sampai tak terkata.

Hah, baru dia tahu siapa aku.

Akan tetapi beberapa saat selepas itu baru aku sedar kenapa polis tu mendiamkan diri.

Rupa-rupanya tadi aku bercakap dalam hati.

"Oh, mungkin sebab hari ni aku kelihatan lebih segak, elegan dan berkarisma melebihi tahap normal dengan pakaian macam ni, sebab tu dia tak tahan aku", hati aku terdetik.

Dan perkara itu berulang untuk beberapa kali dalam masa beberapa bulan.


*******

Beberapa bulan selepas itu, aku masih melalui rutin yang sama.

Tapi hari itu bukan hari isnin dan aku dah terlewat bangun.

Maka aku sauk sahaja apa pakaian yang ada.

Pakaian aku agak selekeh, dan kelihatan sedikit persis seorang rempit.

Dengan kelam kabut, aku bergegas ke kelas.

Sampai di tempat yang sama, polis sedang membuat sekatan jalan.

"Shait! Aku dah lewat 5 minit ni. Mintak-mintak polis tak tahan. Fuh fuh fuh", cubaan aku berjampi.

Tetiba polis mengangkat tangan suruh aku berhenti.

Aku dengan rasa berat hati terpaksa berhenti untuk menunjukkan lesen dan road tax.

Aku hanya menurut kerana terlalu kecewa dan rasa sedih sangat-sangat.

Terasa bagaikan kesetiaan dan keakuran aku terhadap undang-undang jalanraya sia-sia kerana polis masih tak mempercayai aku.

Mana perginya kepercayaan mereka terhadap aku selama ini?

Bila polis dah puas hati tak dapat cari kesalahan aku, dia bagi jalan.

Akhirnya aku lewat hampir 15 minit masuk kelas.


*******

Kali ini di Jusco Bukit Raja pula.

Aku dan beberapa orang rakan datang untuk berbuka puasa.

Sebelum itu kami bercadang untuk berjoging, tapi tak jadi sebab hujan.

Maka pakaian kami agak daif.

Seluar trek picisan, t-shirt lusuh dan kasut sukan dari uptown.

Dengan pakaian begitu, kami cuba berbuka puasa di Kenny Rogers.

Mungkin kerana pada waktu itu aku kelihatan lebih tough dan athletic dari biasa, kelihatan ramai awek bermain-main mata dengan aku.

Aku pun terasa sedikit hensem dan bangga kerana diusha.

Lepas order makanan, kami berbual sambil menunggu waktu berbuka.

Tetiba datang seorang waitress yang tidak kurang comelnya.

"Dik, boleh bayar dulu ya. Takut nanti kena beratur panjang ramai orang nak bayar lepas makan", kata waitress yang kurang comel itu.

Wah, sejak bila Kenny Rogers ramai orang?!

Dan apa kejadahnya makanan belum pun sampai dah kena bayar dulu?!

Bila tengok, takde pun orang lain yang bayar dulu sebelum makan.

Dan bila dah habis makan, TAK NAMPAK ADA ORANG BERATUR PANJANG NAK BAYAR PUN.

Dari sini, aku membuat hipotesis.

Polis, waitress dan awek-awek itu tadi memperkotak-katikkan aku kerana pakaian aku.

Tak guna.

Ingat aku takde duit ke?!