Saturday, August 11, 2012

Selangkah demi selangkah, setahun sudah pun berlalu.

Sempena bulan marhaban ya ramadhan al mubarak ni, gua rasa molek lah kalau gua membuat post yang lebih bersifat sopan santun dan berkeperibadian mulia dalam menyokong seruan kerajaan terhadap kempen 1Malaysia. Ya, macam tiada kaitan tapi gua sengaja selitkan sebab nak menambahkan efek keriangan dalam post kali ni. Engkorang ada rasa riang tak? Bagus.

Gua nak cerita pasal amalan bersedekah sebenarnya. Terus terang gua cakap dulu memang gua kedekut. Kedekut dengan pemintak sedekah. Dengan family atau rakan taulan sahabat handai tak lah sangat. Kira gua dah bersikap diskriminasi, berkira dan racis lah senang ceritanya. Taknak tolong orang luar dan orang yang memerlukan. Sedangkan kalau difikirkan, family dan rakan rakan gua boleh kata hampir keseluruhannya orang berkemampuan.

Tapi, tu semua dah berubah sejak lebih setahun yang lepas. Semuanya bermula pada suatu malam dimana gua telah disound tepek oleh abang gua. Gua tak pasti lah mana beliau tahu, tapi yang pasti beliau tahu yang gua memang selalu tak sedekah kalau ada orang mintak sedekah, lagi lagi yang datang dengan niat cuba nak memperdaya gua dengan  menawarkan tisu sebagai saguhati kalau gua sedekah. Okay yang last tu gua tokok tambah. Tapi yang pasal abang gua tahu gua tak sedekah tu betul lah. Barangkali beliau menggunakan 6th sense beliau untuk cuba meneka perilaku gua. Wah dah lama rasanya tak sebut pasal 6th sense dalam blog.

Gua sebenarnya bukan apa, gua malas sedekah kat pemintak sedekah ni sebab gua fikir terlampau banyak sangat kes tipu dan sindiket yang mempergunakan orang cacat, budak kecil dan sebagainya untuk meraih simpati orang. Jadi buat apa gua nak sedekah kalau yang untung sindiket tu? Dan gua yakin, ramai orang berfikiran sama macam gua. Kannn? Tapi gua boleh cakap yang engkorang sebenarnya dah silap.

Cuba engkorang fikir. Kalaupun duit yang kita sedekahkan tu sindiket tu yang ambik, cuba fikir pulak siapa yang bela diorang, yang bagi diorang makan? Lepas tu, duit yang nak diguna untuk bagi diorang makan tu datang dari mana? Dari engkorang lah jugak. Memang ada kemungkinan, duit tu sindiket tu yang ambik lebih. Tapi sebahagian dari duit tu tetap pergi kat pemintak sedekah tu jugak, betul?

Tu satu hal, lagi satu, yang engkorang fikir banyak kes tipu, sindiket dan sebagainya tu, engkorang boleh tahu ke mana satu tipu mana satu betul? Tak tahu kan? Kalau buatnya yang mintak sedekah tu betul pemintak sedekah sejati, tapi engkorang fikir dia tipu, bukan ke tu dah kira bersangka buruk? Tu belum cerita dosa yang engkorang dapat kalau engkorang kutuk dia lepas tu tuduh dia terlibat dalam sindiket dan sebagainya.

Nak dimudahkan cerita, sedekah ajelah. Kalau tak mampu bagi banyak, bagi sikit pun tak apa. Takkan lah seringgit pun tak boleh bagi. Sampai hari ni gua tak pernah dengar lagi orang jadi miskin, papa kedana sebab sedekah. Kita kena ingat, dalam setiap rezeki kita tu ada bahagian orang lain. Secara mudahnya, bahagian orang lain tu adalah bahagian tauke-tauke kedai, penyelia berukben korang dan sebagainya, termasuklah sekali dengan orang yang tak berkemampuan seperti peminta sedekah. Kesimpulannya, sedekah ajelah kalau ada duit lebih, tak kiralah siapapun dia. Dia tipu ke, tak tipu ke, tu urusan dia dengan Allah. Yang penting engkorang kena ikhlas, niatkan sekadar nak bagi sedekah. Kalau tak ikhlas, sia-sia jugak.

Engkorang kena tahu, orang-orang macam ni lah yang akan doakan kita. Pengalaman gua sendiri (lepas dah kena sound tu lah), first time gua bagi sedekah, peminta sedekah tu terus doakan semoga rezeki gua dilipatgandakan kat situ jugak. Kira peminta sedekah tu bagus lah sebab gua tolong dia dengan bagi dia duit, dia tolong gua balik dengan doakan gua. Kalau gua tak sedekah, takkan tetiba dia nak doakan gua, betul?

Lepas tu, sedekah ni pun boleh menambah dan memanjangkan rezeki katanya. Jangan ingat engkorang dah kaya sekarang, engkorang tak boleh lingkup suatu hari nanti. Dengan izin Allah, semua benda boleh jadi. Mudah-mudahan kalau engkorang sedekah tu, rezeki engkorang akan bertambah dan berpanjangan sampai meninggal lah. Tapi jangan lah sebab engkorang nak rezeki bertambah atau nak kaya, baru nak sedekah. Tu pun tak boleh jugak, niat dah terpesong. Kaedahnya, niatlah bersedekah tu nak bantu orang miskin dan orang yang lebih memerlukan. Niat tak menghalalkan cara, tapi asasnya niat tu kena kasi betul dulu.

Satu lagi, pasal sedekah kat surau atau masjid. Engkorang jangan fikir yang datang surau atau masjid tu semua orang berkemampuan, tak payah sedekah dah. Engkorang ada fikir tak, air, lampu, kipas, aircon, karpet dan semua benda yang ada dalam surau atau masjid tu, datang dari langit ke? Semua tu nak beli, maintan kena pakai duit. Terutamanya air dengan elektrik lah. Yang merasa nikmatnya engkorang jugak. Lagipun masjid tu kan rumah Allah. Jadi apa salahnya hulur sikit, ya tak.

Mudah-mudahan, dengan peringatan yang macam ni dapatlah engkorang menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Bak kata pepatah orang melayu, what you give you get back. Kalau engkorang takde duit sesangat nak sedekah pun, boleh la bawak bawak derma darah kalau kesihatan mengizinkan.

Akhir kata, kalau dah kerja tu jangan lupa bayar zakat ya. Assalamualaikum.


Saturday, August 4, 2012

Tahyul



Berikut adalah beberapa mitos sia-sia berkaitan game konsol yang aku yakin hampir setiap orang pernah cuba buat walaupun korang tahu ianya tahyul. Tak kira lah game tv pakai cartridge yang nak kena tiup kalau tak boleh main tu ke, gameboy ke, PS one ke apa, mitos ini sememangnya sangat terkenal terutamanya kepada mereka-mereka yang selalu kalah kalau main game. Antara mitos-mitos tersebut adalah:

1. Menyengetkan controller, kepala dan seluruh tubuh badan sewaktu bermain game lumba boleh membuatkan motosikal atau kereta yang dimainkan anda membelok dengan lebih tajam dan cepat.

2. Menekan butang dengan lebih kuat akan menambah kekuatan tumbukan dan tendangan pemain dalam game, bahkan mampu membuatkan kereta atau motosikal yang dimainkan menjadi lebih laju atau membrek dengan lebih cepat.

3. Meneran sehendak-hendaknya bagaikan anda menghidap sembelit kronik semasa bermain game akan membantu anda menang dengan lebih mudah.

4. Menyumpah seranah, memaki hamun dan memarahi pemain yang dikawal computer akan membuatkan ia takut lalu memberi peluang kepada anda untuk menang.

Dan bermacam-macam lagi. Gua yang cuma nak list down ni pun dah rasa sia-sia. Yang engkorang pergi buat tu lagi lah gua tak faham. Kahkah. Okaybai