Sunday, November 18, 2012

Nikmat atau ujian?

Hari itu, mak abah aku tak ada kat rumah. Jadi aku harus mencari makan diluar. Bukan aku tak pandai masak, kalau diikutkan skil memasak aku boleh dikatakan setanding Azwan Ali.

Gambar hiasan
Tapi apakan daya aku letih baru balik kerja. Perut pun dah kebulur, kalau nak aku masak sendiri mungkin ada yang tak sempat makan atau barangkali makan penampar. Justeru itu, ngam ngam lepas maghrib aku terus merempit ke gerai Nasi Lemak Pak Lang.

Sesampainya aku kat gerai, tengok orang ramai. Pesen gerai tu memang tak ada orang beratur, jadi aku pun berdirilah kat belakang orang lain. Tak lama tu awek india kat depan aku blah lepas dapat nasi lemak dia. Aku masuk. Sekarang sebelah aku ada sorang lelaki melayu dengan sorang lelaki india. Aku tak tahu siapa datang dulu, siapa dah order. Tukang bungkus nasi lemak ada dua orang.

Disebabkan aku datang lagi lambat dari diorang, maka aku tunggu lah orang lain order dulu. Lelaki india kat sebelah aku cecepat order. Aku pun tunggu turn aku. Nasi lemak dah nak siap bungkus, jadi aku pun tunggu lelaki melayu sebelah aku ni order. Tapi dia tak order. Aku fikir, mungkin beliau dah order lama kat brader pembungkus nasi lemak yang lagi sorang, tapi tak dapat lagi sebab dia order banyak. Lalu aku pun order nasi lemak ayam masak ros tambah paru paru masak sambal. Amboi panjangnya.

Specifications may vary
Tak lama tu aku dapat nasi lemak aku. Tiba-tiba lelaki melayu tu tanya lelaki cina sebelah dia, "Awak dah order? Ha lepas ni awak order, lepas tu saya. Nanti asyik orang lain order dulu, kita tak dapat" kata lelaki tu sambil menekankan nilai-nilai murni 1Malaysia dalam diri beliau. Terperanjat lah aku. Tadi senyap je, bila aku dah dapat nasi lemak marah pulak. Lalu aku pun membahaskan ke muka dia, "Bro apa masalah engko ni? Apa pasal engko tak order terus tadi? Engko nak tunggu brader pembungkus tu tanya ke baru engko nak order? Macam tu lambat lah. Dia banyak kerja, tak ada masa nak tanya sorang sorang. Memang aku order dulu, tapi brader tu nak buat siapa punya dulu tu terpulang dia lah. Time waits for no man bro. It's either you act or you missed your chance", kata aku dalam hati.

Aku pun berlalu pergi dengan sedikit rasa bersalah dan kesal.


*********

Keesokan harinya, aku ditugaskan untuk beli sarapan. Kali ni di restoran Cikgu Corner pula. Disebabkan kes yang berlaku semalam, aku perlu berhati hati kali ni. Jadi, sesudah sampai di kedai Cikgu Corner, aku perhati orang orang kat sekeliling. Kali ni aku harus pastikan yang orang lain dah order dulu sebelum aku order. Nampak ada tiga orang tengah tunggu, mungkin diorang pun nak bungkus. Jadi aku pun duduk dulu. 

Tak lama tu sorang dapat makanan dia. Yang lagi dua ni aku tak tahu dah order belum. Muka salah sorang tu muka jenis orang yang selalu tak puas hati.

Lebih kurang cenggini lah muka beliau
Lelaki yang sorang lagi ajak berbual pun buat muka serupa nak taknak je borak. Ada juga aku rasa macam nak lempang, tapi apakan daya aku tak berhak melempang orang sesuka hati. Aku kena lebih berhati hati manalah tahu tetiba dia nak lempar meja ke apa kalau aku dapat dulu kan. Tak lama lepas tu makcik pekedai tu tanya diorang balik apa benda diorang order. Ok cun, confirm diorang dah order. Jadi aku pun order.

Sambil tunggu tu aku layan TV3 dulu ada pasang talk show. Diorang jemput artis, live band. Terasa aneh aku rasa bila tengok band members dia semua stok pakai serban bersama jeans dan t-shirt, bassistnya pulak perempuan bertudung molek. Lebih aneh bila diorang nyanyi lagu berlirikkan Islamik tapi nyanyi suara teran teran. Geleng kepala aku dibuatnya. Ok dah nampak macam aku pun lebih kurang macam nak terpesong jugak kan cerita pasal band berbanding cerita pasal bungkus makanan.

Sejurus lepas band tu habis nyanyi, ngam ngam makcik pekedai tu datang kat aku bawak makanan aku dah siap bungkus. Lalu aku pun toleh ketepi. Ah sudah. Pakcik bermuka tak puas hati yang order sebelum aku tadi tak dapat lagi makanan dia.

Aku dah mula serba salah. Nak kasi makanan aku kat dia, order tak sama. Ni dah dua kali berturut turut jadi kes macam ni. Nak taknak aku kena lah ambil juga. Jauh disuatu sudut di dalam hati aku, aku berdoa agar dia tak perli perli aku macam pakcik semalam ataupun memaki hamun serupa orang tiada pedoman. Pelan-pelan aku jalan taknak pandang muka dia takut kena marah. Pheww. Selamat. Pakcik tu tak cakap apa-apa.

Masa balik tu, sambil naik moto aku cuba fikir. Ni satu bentuk ujian ke macam mana sebenarnya? Kalau betul ia satu ujian, ujian ni untuk aku ke untuk diorang yang lambat dapat makanan diorang? Sampai sekarang aku masih terfikir-fikir kenapa jadi macam tu.