Saturday, November 30, 2013

Petanda jodoh

Nak tahu macam mana cara nak tahu siapa jodoh kita? Mudah saja.

Bila jumpa orang yang kita berkenan, tanya beliau,
"NAK KE MANA TU??"

Kalau dia jawab,
"TAK KE MANA PUN.."

Itu tandanya beliau jodoh kita. Sebab apa? Sebab
"KALAU JODOH TAK KE MANA.."



Ya Allah kelakarnya saya tolonglah suka saya


Sunday, May 12, 2013

It takes a second to fall in love, but it takes forever to forget

Hari itu hari sabtu. Permulaan yang baik bukan, sebab ayat pertama cerita dah ada rhyme gitu. Pada ketika itu, jam sudah menunjukkan waktu 9 pagi. Salman pula masih sedang enak lena dibuai mimpi. Tiba-tiba, muncul seekor syaitan gemuk dalam mimpi beliau. Dengan wajah yang ganas sekali, ia berteriak, "HOI SALMAN!". Lalu Salman menggigil ketakutan. Beliau cuba memberanikan diri, dan berbekalkan keyakinan yang ada, beliau menjerit, "KAU SYAITAN DURJANA, DENGAN LAFAZ BISMILLAH, NYAH KAU DARI SINI!" sambil tangannya didepa seolah olah sedang mengeluarkan satu kuasa mistik. Tetapi nyata beliau tak ada superpower tersebut dan usahanya tak berhasil. Syaitan itu masih disitu memerhatikan beliau dengan mata yang terjegil. Salman semakin ketakutan. Lalu beliau cuba mengingat sebarang dua surah lazim untuk dibaca. Tapi apakan daya, akibat terlalu panik beliau tak mampu nak ingat. Jadi beliau pun cuba berdoa. Dengan tergagap gagap, tanpa berlengah beliau terus membaca doa qunut. 

Baru sahaja sekerat ayat yang dibaca, beliau terjaga. Fuh. Beliau terasa amat lega kerana tak perlu lah beliau bersusah payah cuba menghafal doa qunut. Bagai pucuk dicita ulam yang mendatang, begitulah perasaan yang dirasai Salman apabila beliau sedar syaitan gemuk yang dimimpikan beliau tadi rupa-rupanya adalah mak beliau yang sedang mencekak pinggang didepan pintu bilik. Sepantas kilat Salman bangun dari katil sembahyang subuh dan pergi membeli nasi lemak di gerai Pak Kassim atas arahan mak beliau.

Sampai sahaja digerai Pak Kassim, rupanya gerai Pak Kassim tutup. "Aduh, buat hal lah Pak Kassim ni tutup awal. Mak punya pasal lah ni tak kejut awal-awal. Tak dapat aku nak usha anak dara dia hari ni", kata Salman sambil menumbuk tapak tangan beliau. Salman buntu, tak tahu mana lagi nak beli nasi lemak yang ada anak dara cun. Tiba-tiba Salman terpandang satu gerai kat tepi selekoh tak jauh dari beliau. "Ah, bantai lah. Dari kena sepuk sebab balik tangan kosong".

Ngam ngam sampai digerai yang lebih dikenali dengan nama gerai Auntie Ina, Salman order 3 biji nasi lemak. Beberapa minit mengelamun terbayangkan anak dara Pak Kassim, nasi lemak beliau pun siap dibungkus. Akan tetapi Salman terlupa yang beliau tak bawak dompet. Lalu Salman cuba menyeluk poket. Seluk punya seluk, jumpa not RM50. Wow! Salman terperanjat. "Mungkin inilah rezeki yang Tuhan bagi sebab dia sayang kat aku, aku sembayang subuh tadi", kata beliau dalam hati dengan penuh rasa hiba, sebak dan terharu sambil mengesat ngesat mata beliau. Belum sempat beliau membayar nasi lemak, pakcik disebelah beliau lantas merampas duit itu sambil membuat muka tak puas hati. Oh, rupanya Salman terseluk poket orang sebelah. "Daymmm", kata Salman dalam hati.

Salman malu. Auntie Ina pula dah mula syak Salman cuba memperbodohkan dia. "Ah, kau ingat kalau kau buat gaya budak terencat aku nak bagi nasi lemak free lah? Pui!" kata Auntie Ina dalam hati.

Salman dah semakin gementar, tak ada duit dalam poket beliau. "Hadu macam mana ni. Nak pura pura terencat, mesti Auntie Ina dah tahu taktik aku. Ah, try jelah. Aku dah sembayang subuh kot tadi. Mesti jadi punya. Bismillahirrahmanirrahim. Fuh fuh fuh", kata Salman berbisik sendirian. Baru saja Salman nak mencuba nasib, secara tiba-tiba, "Takpalah Auntie, biar saya bayarkan nasi lemak dia", kata seorang gadis comel lote bernama Munirah yang turut nak beli nasi lemak kat situ. Salman menoleh. "Omaigash! Cantiknya!"

Berbaju kurung, kulitnya cerah persis Adira AF, rambutnya licin dan lurus, badannya ramping, mukanya manis, dan pertuturannya lemah lembut. Begitulah rupa beliau, sebijik macam yang ada didalam minda engkorang. Lalu Salman pun cuba mendekati Munirah. Dengan tersipu sipu malu, dia cuba memulakan perbualan. "Hai, terima kasih tolong bayarkan nasi lemak saya. Nama saya Salman. Apa nama awak?", tanya Salman. "Sama sama, Salman. Saya Munirah", balas gadis itu sambil tersenyum teringatkan gelagat Salman. "Oklah Salman, saya balik dulu ya. Orang kat rumah semua dah tunggu saya. Jumpa lagi." "Ok ok. Hati hati balik tu. Next time jumpa awak saya ganti balik duit awak ya!", jelas Salman dengan harapan dapat jumpa Munirah lagi.

Lalu Salman pun pulang ke rumah sambil tersenyum dan menumbuk angin riang. Auntie Ina pula membebel sendirian, "Eh, budak ni memang betul terencat ke apa senyum sorang sorang? Gila. Nasib aku dah dapat duit aku". Tanpa disedari, pakcik yang duitnya hampir dicuri Salman tadi pun mula syak yang sebenarnya kedua-dua Salman dan Auntie Ina yang gila, sebab sorang senyum sendiri, sorang lagi cakap sorang sorang.

Beberapa minit kemudian baru Salman teringat, "Aduh lupa pulak nak mintak nombor telefon dia. Kalau tak boleh whatsapp. Takpe, esok aku try beli nasi lemak lagi kot kot jumpa".

Hari berganti hari, Salman masih tak terserempak dengan Munirah walaupun setiap hari beliau beli nasi lemak kat Auntie Ina. Anak dara Pak Kassim pun dah diabaikannya. Auntie Ina pula dah semakin mempercayai yang Salman memang gila sebab makan nasi lemak setiap hari. Lama kelamaan, akibat terlalu lama menunggu, Salman pun putus asa. Dia dah mula sedar, mungkin inilah akibatnya kalau selalu subuh gajah. Lalu Salman pun insaf, semayang awal sikit dan akhirnya berkapel dengan gadis pilihan ibu bapanya. Salman tak begitu gembira, tapi mungkin inilah yang terbaik untuk beliau.



p.s.: Hidup tak selalunya berakhir seindah Cerekarama


Saturday, April 27, 2013

Tumpang

Semalam ada berlaku satu situasi yang pada gua agak aneh. Jam pada waktu tu lebih kurang dalam pukul 6.30 petang, gua baru pulang dari kerja. Gua sedang melalui satu flyover ni menaiki motosikal kapcai gua. Turun je dari flyover tu ada traffic light, lampu merah jadi gua pun berhenti. Tiba tiba datang sorang lelaki india dari belakang bawak helmet, tapi jalan kaki. Gua dah mula rasa pelik, kat jalan besar, lagi lagi flyover, tiba tiba ada orang jalan kaki bawak helmet? Lagi bertambah pelik bila tadi masa gua lalu gua tengok takda siapa pun kat situ. Gua dah syak ada sesuatu yang tak kena. India tu tak lah tua sangat, dalam lingkungan 40an. Dan ini dialog yang diperkatakan beliau:

"Macha, boleh kasi tumpang saya ah?"

"Err you nak pergi mana?"

"Situ depan saja. Boleh ah?" sambil tunjuk tempat yang beliau nak pergi. Mengikut google map, jaraknya ada lah lebih kurang dalam 200 meter, yang mana mengambil masa 29 saat untuk sampai kalau menaiki kenderaan. Kalau engkorang nak tau, jaraknya tu sama macam dari rumah gua nak ke padang segitiga kat rumah gua tu. Dekat je kan? Kalau taknak tau sukahati engkorang lah.

Gua rasa tak sedap hati. Hairan. Beliau ni datang dari mana? Apa masalah beliau sebenarnya? Tengok orangnya nampak normal. Tak mabuk, takda cacat cela, jalan pun secara normal. Sudahlah jalan kaki bawak helmet, lepas tu mintak tumpang cuma 200 meter. Lalu gua mempersoalkan ke beliau,

"You dari mana? Dekat saja kenapa tak terus jalan kaki?"

"Takda, saya mau pergi situ depan saja. Kasi tolong lah macha. Boleh?" kata beliau tak menjawab soalan. Macam ada sesuatu yang buat beliau nak jugak tumpang gua.

Gua pun dengan rasa terpinga pinga, tapi sebab malas nak banyak soal lalu gua tumpangkan juga dan cuba berfikir positif, harap harap beliau takda niat jahat.

"OK naiklah", kata gua sambil senyum dan cuba untuk elak dari timbul rasa tak ikhlas. Lepas je beliau naik, lampu tukar hijau. Gua jalan. Beliau pun cuba berbual,

"Baru balik kerja ah? Kerja Northport sana ka?"

"A'ah baru balik. Taklah saya kerja Bandar Sultan Sulaiman sana."

"Oh. Bukan apa, tadi saya dengan kawan. Dia gila lah, tadi dia pergi sana" kata beliau sambil menunjuk kearah kiri. Gua tak paham, beliau pun cerita macam nak sorok sesuatu, jadi gua malas layan. Gua "oh"kan aje. Lepas tu gua pun turunkan beliau kat tempat yang beliau minta tadi.

"Wokeh terima kasih macha" ujar beliau sambil jalan ke lorong belakang blok kedai. Gua pun terus balik tanpa menoleh sambil berasa lega sebab takda pape perkara tak diingini berlaku.

Tapi gua sampai ke hari ni masih terfikir, kenapa benda yang menghairankan cenggini jadi kat gua. Adakah beliau sebenarnya malaikat yang cuba menguji keikhlasan hati gua sama ada gua nak ke tidak tolong orang walaupun sekecil kecil perkara, atau beliau sebenarnya baru lepas buat jenayah lepas tu nak larikan diri maka beliau tumpang orang? Gua tak ada jawapan. Apapun, everything happens for a reason. And whatever the reason is, it must've been a good one for me.


Monday, April 8, 2013

Peminta sedekah urban

Pernah tak engkorang jumpa peminta sedekah yang selalu datang kat meja time engkorang tengah makan? Biasa yang datang ni kalau bukan OKU, orang orang yang katanya dari masjid ataupun rumah anak yatim kat Thailand, Myanmar, Nigeria dan sebagainya. Golongan yang pertama tu engkorang boleh lupakan, pasal gua nak fokus kat golongan yang kedua tu, yang mintak derma untuk masjid atau rumah anak yatim kat negara diorang.

Gua sebagai seorang yang berasal dari Lembah Klang, gua rasa gua patut mengutarakan beberapa persoalan yang terbenak diminda gua. Yang pertama sekali, pernah tak engkorang terfikir, kenapa diorang yang datang dari Thailand semua ni gigih benau nak datang sampai ke Lembah Klang ni semata mata nak mintak sedekah? Engko tak rasa jauh ke? Kenapa tak pergi je belah belah Kelantan sana ke, Terengganu ke, Perlis ke kalau setakat nak mintak sedekah? Kan lagi dekat. Apa orang orang kat sana kedekut sangat ke? Yang derma pun rata rata singgit, paling banyak pun dalam sepuluh ringgit, mana mana pun cenggitu juga. Engko nak datang Lembah Klang ni modal nak travel dia je dah berapa. Kurang kerja.

Ni lagi satu benda aku pelik pasal pemintak sedekah ni, jenis yang bagi resit. Cuba bagitau aku apa motif dia ni bagi resit. Apa boleh claim kat company? Ke boleh simpan untuk claim pahala? Nak beli resit tu dah sah sah kena keluar duit. Kan elok kalau disimpan je duit tu. Boleh buat tambah tambah yang orang sedekah tu. 

Sampai sekarang aku masih tertanya tanya kenapa dan mencari jawapannya. Kalau engkorang ada jawapan kepada semua persoalan aku ni, tolong bagitau. Aku amat menghargainya.