Saturday, April 27, 2013

Tumpang

Semalam ada berlaku satu situasi yang pada gua agak aneh. Jam pada waktu tu lebih kurang dalam pukul 6.30 petang, gua baru pulang dari kerja. Gua sedang melalui satu flyover ni menaiki motosikal kapcai gua. Turun je dari flyover tu ada traffic light, lampu merah jadi gua pun berhenti. Tiba tiba datang sorang lelaki india dari belakang bawak helmet, tapi jalan kaki. Gua dah mula rasa pelik, kat jalan besar, lagi lagi flyover, tiba tiba ada orang jalan kaki bawak helmet? Lagi bertambah pelik bila tadi masa gua lalu gua tengok takda siapa pun kat situ. Gua dah syak ada sesuatu yang tak kena. India tu tak lah tua sangat, dalam lingkungan 40an. Dan ini dialog yang diperkatakan beliau:

"Macha, boleh kasi tumpang saya ah?"

"Err you nak pergi mana?"

"Situ depan saja. Boleh ah?" sambil tunjuk tempat yang beliau nak pergi. Mengikut google map, jaraknya ada lah lebih kurang dalam 200 meter, yang mana mengambil masa 29 saat untuk sampai kalau menaiki kenderaan. Kalau engkorang nak tau, jaraknya tu sama macam dari rumah gua nak ke padang segitiga kat rumah gua tu. Dekat je kan? Kalau taknak tau sukahati engkorang lah.

Gua rasa tak sedap hati. Hairan. Beliau ni datang dari mana? Apa masalah beliau sebenarnya? Tengok orangnya nampak normal. Tak mabuk, takda cacat cela, jalan pun secara normal. Sudahlah jalan kaki bawak helmet, lepas tu mintak tumpang cuma 200 meter. Lalu gua mempersoalkan ke beliau,

"You dari mana? Dekat saja kenapa tak terus jalan kaki?"

"Takda, saya mau pergi situ depan saja. Kasi tolong lah macha. Boleh?" kata beliau tak menjawab soalan. Macam ada sesuatu yang buat beliau nak jugak tumpang gua.

Gua pun dengan rasa terpinga pinga, tapi sebab malas nak banyak soal lalu gua tumpangkan juga dan cuba berfikir positif, harap harap beliau takda niat jahat.

"OK naiklah", kata gua sambil senyum dan cuba untuk elak dari timbul rasa tak ikhlas. Lepas je beliau naik, lampu tukar hijau. Gua jalan. Beliau pun cuba berbual,

"Baru balik kerja ah? Kerja Northport sana ka?"

"A'ah baru balik. Taklah saya kerja Bandar Sultan Sulaiman sana."

"Oh. Bukan apa, tadi saya dengan kawan. Dia gila lah, tadi dia pergi sana" kata beliau sambil menunjuk kearah kiri. Gua tak paham, beliau pun cerita macam nak sorok sesuatu, jadi gua malas layan. Gua "oh"kan aje. Lepas tu gua pun turunkan beliau kat tempat yang beliau minta tadi.

"Wokeh terima kasih macha" ujar beliau sambil jalan ke lorong belakang blok kedai. Gua pun terus balik tanpa menoleh sambil berasa lega sebab takda pape perkara tak diingini berlaku.

Tapi gua sampai ke hari ni masih terfikir, kenapa benda yang menghairankan cenggini jadi kat gua. Adakah beliau sebenarnya malaikat yang cuba menguji keikhlasan hati gua sama ada gua nak ke tidak tolong orang walaupun sekecil kecil perkara, atau beliau sebenarnya baru lepas buat jenayah lepas tu nak larikan diri maka beliau tumpang orang? Gua tak ada jawapan. Apapun, everything happens for a reason. And whatever the reason is, it must've been a good one for me.


Monday, April 8, 2013

Peminta sedekah urban

Pernah tak engkorang jumpa peminta sedekah yang selalu datang kat meja time engkorang tengah makan? Biasa yang datang ni kalau bukan OKU, orang orang yang katanya dari masjid ataupun rumah anak yatim kat Thailand, Myanmar, Nigeria dan sebagainya. Golongan yang pertama tu engkorang boleh lupakan, pasal gua nak fokus kat golongan yang kedua tu, yang mintak derma untuk masjid atau rumah anak yatim kat negara diorang.

Gua sebagai seorang yang berasal dari Lembah Klang, gua rasa gua patut mengutarakan beberapa persoalan yang terbenak diminda gua. Yang pertama sekali, pernah tak engkorang terfikir, kenapa diorang yang datang dari Thailand semua ni gigih benau nak datang sampai ke Lembah Klang ni semata mata nak mintak sedekah? Engko tak rasa jauh ke? Kenapa tak pergi je belah belah Kelantan sana ke, Terengganu ke, Perlis ke kalau setakat nak mintak sedekah? Kan lagi dekat. Apa orang orang kat sana kedekut sangat ke? Yang derma pun rata rata singgit, paling banyak pun dalam sepuluh ringgit, mana mana pun cenggitu juga. Engko nak datang Lembah Klang ni modal nak travel dia je dah berapa. Kurang kerja.

Ni lagi satu benda aku pelik pasal pemintak sedekah ni, jenis yang bagi resit. Cuba bagitau aku apa motif dia ni bagi resit. Apa boleh claim kat company? Ke boleh simpan untuk claim pahala? Nak beli resit tu dah sah sah kena keluar duit. Kan elok kalau disimpan je duit tu. Boleh buat tambah tambah yang orang sedekah tu. 

Sampai sekarang aku masih tertanya tanya kenapa dan mencari jawapannya. Kalau engkorang ada jawapan kepada semua persoalan aku ni, tolong bagitau. Aku amat menghargainya.