Sunday, October 23, 2011

Unsur-unsur penipuan dan tipu daya sewaktu mintak putus



Pernah tak kau orang dengar ayat-ayat seperti,

saya tak cukup baik untuk awak...

atau

awak deserve better...

mahupun

saya tak layak untuk awak...

ataupun

awak terlalu baik untuk saya...

sejurus sebelum kekasih kau orang mintak putus? Pernah? Kalau pernah, padan muka kau aku turut bersimpati. Kalau kau orang tak pernah kena, bila diorang cakap macam tu kau ambil sarung guni, senyap-senyap sarung kat kepala dia lepas tu pukul beramai-ramai supaya dia tak tahu siapa yang pukul kau jangan percaya bulat-bulat je.

Mengikut pengalaman aku sebagai seorang yang pakar dalam memberi masalah cinta, ayat-ayat macam ni selalunya orang bagi bila dah tak tahu nak tipu apa. Selalunya. Ada jugak kemungkinan yang tak tergolong dalam kategori tipu helah ni, tapi yang itu akan diceritakan kemudian.

Mungkin kau orang boleh fikir sendiri, kalau betul dia sayang kau dan kau pun dah cukup baik, kenapa dia nak cakap macam tu? Most probably orang tetap akan terima kau walau macam mana pun kalau dah sayang. Ayat dia tu nak menunjukkan kau lagi baik/bagus dari dia. Kalau betul pun, mungkin dia akan rasa segan, tapi tak sepatutnya sampai nak mintak putus. Tahyul sangat tu.

Dari yang aku nampak ada beberapa punca yang memungkinkan perkara sebegini terjadi:

1. Dia dah bosan dengan kau sebab kau tak hip dan membosankan
Dia nak mintak putus, tapi nanti mesti kau tanya kenapa kan? Takkan dia nak cakap "You ni membosankan lah. Cakap dengan nate beruk customer service lagi best dari cakap dengan you". Macam terlalu keji. Tapi dia dah tak sanggup lagi nak melayan kerenah kau, rasa macam "hidup segan mati tak mahu". Lantas dia pun bagi lah alasan tu.

2. Dia dah jumpa orang lain yang lagi best dari kau
Dah ada orang ketiga yang dia layan senyap-senyap masa dengan kau, takkan dia nak mengaku pulak. Paling busuk pun dia akan bagi alasan-alasan tersebut untuk mengelakkan kau mengamuk lalu mengupah gangster untuk melempang kau bertubi-tubi berasa sedih sebab kau tak best. Atau sebab muka kau macam Acapan. Atau sebab lubang hidung kau besar sebelah. Atau sebab kau ada tahi lalat berbulu kerinting diatas bibir. Whatever lah.

3. Sebenarnya kau dah terlampau useless tapi dia tak sampai hati nak bagitau
Yang ni menyedihkan sikit. Dah la kau ni tak guna, lembab, mangkuk hayun, muka hodoh. Cewah lebih. Kena pulak tipu hidup-hidup cakap kau deserve better. Kesian lah. Tapi adalah agak biadap kalau kau pulak pergi bantai bengang, maki-maki dia cakap dia bedebah, menghina dia cakap kau yang patut mintak putus sebab kau lagi bagus dari dia.

4. Dia fikir dia sayang kau, tapi sebenarnya sayang tu tak ada, dia setakat suka je kat kau
Biasalah, awal-awal masa nak menjalinkan hubungan tu semuanya manis, menggembirakan, menyeronokkan. Kau nak couple pun dia terima je. Tengah high lah katakan. Sampai tak perasan yang dia sebenarnya tak sayang kau pun, setakat rasa seronok je have fun dan hang out dengan kau. Dah lama sikit, baru sedar feeling tu tak ada. Tapi semuanya dah terlambat. Apa lagi nak cakap, kencing lah.

5. Dia terlalu merendah diri dan terasa dia sangat pathetic
Yang ni tak tergolong dalam tipu helah dunia. Jarang-jarang jumpa, tapi memang wujud orang macam ni. Kurang keyakinan diri yang terlampau. Baru gagal test, dah macam kalah judi RM14.5 juta, menangis tak berlagu sambil cakap dia tak layak ada kekasih yang kebetulan masa tu lulus test yang sama. -..- Untuk orang macam ni, kau kena bagi dia sokongan. Kalau kau boleh tahan asyik nak kena pujuk dia, kau tahan la. Kalau tak, baik kau setuju je bila dia mintak putus. Siapa suruh mintak putus. Nak sangat hambik kau.

6. Percintaan yang terhalang akibat ibubapa tidak merestui perbezaan antara dua darjat
Dia akan bagi alasan-alasan tersebut untuk mengelakkan kau bertindak drastik dan memilih untuk kahwin lari di sempadan Siam. OK, aku tipu. Tak ada orang macam ni. Barangkali dalam drama hindustan baru ada.

Yang penting sekarang, tak kira lah niat dia taknak kau berkecil hati ke, atau memang dia curang ke apa, kalau kau boleh siasat kau siasat lah sikit supaya kau tak rasa diperbodohkan begitu sahaja bila kantoi, in case dia memang menipu. Kau pun mesti nak tahu kenapa dia cakap macam tu kan. Tapi kalau kau baru bercadang nak bagi alasan macam tu, tak payah lah. Tak baik menipu, berdosa. Apapun, kalau kau mangsa, cubalah fikir positif yang alasan dia bagi tu sekadar penyebab je. Yang menentukan jodoh tetap Tuhan, bukan dia.




Thursday, October 20, 2011

Kahkah

"When a girl cancels her date, it means she has to. When a guy cancels his date, it means he has two."

p.s. Nasib baik gua tak pernah lagi cancel date gua. Nampak sangat gua tak pernah ada dua date kan. Pheww.


Sunday, October 16, 2011

Marilah menuju kejayaan

Aku nak kongsi satu cerita, yang mana aku rasa bagus untuk orang-orang yang berperangai macam @#$?%&, tapi sedang cuba nak berubah.

Dan aku rasa sesuai jugak untuk orang-orang yang dah memang baik, tapi nak jadi lebih baik, macam aku. Kahkah. OK tak lawak. Dah sekarang baca cerita ni.

Pada suatu malam yang hening, ada seorang rakan tanya aku,

"Mizan, muka kau nampak berseri-seri dan bersinar-sinar lah, macam sinaran pasport kegemilangan. Kelas kau. Apa rahsianya? Adakah sebab kau rajin qiamulail?"

OK aku tipu. Tak ada soalan macam tu. Dia tanya macam ni sebenarnya,

"Mizan, kau ada tips tak macam mana nak pastikan kita tak tinggal solat? Orang cakap mula-mula kena solat 40 waktu berturut-turut, InsyaAllah lepas tu kita akan terus tak tinggal solat dan akan rasa berat hati nak tinggal solat. Tapi 40 waktu tu bukan macam makan cheese tart 40 biji doh."

OK untuk yang lemah matematik, aku tolong kira.

40 waktu ialah sama dengan solat untuk 8 hari.

Aku faham masalah ni.

Kalau dah terbiasa tinggal solat, macam mana nak pastikan boleh solat 40 waktu berturut-turut, betul?

Boleh sebenarnya.

Kau orang cuba buat masa bulan puasa. Sebab masa bulan puasa, syaitan kena ikat.

Tak ada hasutan syaitan, jadi kau nak berubah pun kurang gangguan.

Tapi semangat dan kesedaran nak berubah tu kena ada lah.

Kalau tak, syaitan tak ada pun tak jadi apa.

Lagipun bulan puasa kan wajib puasa.

Kalau tak puasa, malu lah orang lain nampak, ahli keluarga nampak, kawan-kawan nampak. Kan? *Sarcasm*

Aku rasa ramai yang puasa sebab takut malu, dan aku rasa ramai jugak yang puasa tapi tak solat. Sebab aku dah jumpa sendiri beberapa orang macam ni.

Yelah, puasa setahun sebulan je, solat kena setiap hari 5 kali sampai mati.

Tapi kau kena fikir jugak, apa guna puasa kalau tak solat. Dapat lapar dahaga je.

Jadi kau kena betulkan mind set dulu.

Kau kena selalu ingatkan diri kau yang kau kena puasa, tapi puasa kau akan jadi sia-sia kalau kau tak solat.

Maka secara automatiknya kau akan cuba sedaya upaya untuk solat.

Kalau tak biasa mungkin kau akan terlupa atau terlepas waktu.

Tapi tak apa, jangan terlalu runsing. Sebab masih boleh qada'.

Yang penting kau jangan tinggal terus.

Satu lagi, bila kau teringat je kau qada' cepat-cepat. Sebab kalau kau tangguh, nanti jadi lagi banyak lepas tu kau pun jadi makin malas nak qada'.

Kau teruskan macam tu, untuk sepanjang bulan puasa tu kalau boleh. InsyaAllah lepas tu akan OK.

Lepas tu bila dah habis puasa, kau kekalkan momentum tu.

Syaitan dah bebas balik, jadi semangat kau kena kuat sikit.

Banyakkan berdoa mintak dikuatkan semangat, diteguhkan iman.

Apapun konsep dia senang je.

Bulan puasa bulan yang mulia, yang mana baik buruk kau akan dipengaruhi 100% atas diri kau sendiri sebab syaitan tak ada.

Disebabkan tak ada syaitan, kau ambillah kesempatan tu untuk cuba berbuat baik dan memperbaiki diri, dan cuba kekalkan sampai lepas bulan puasa.

Sebab kalau masa bulan puasa kau boleh buat, takkan habis je bulan puasa kau tak boleh buat kan?


Monday, October 3, 2011

Pick-up line (ayat mengorat)

Pada suatu hari, Abu sedang berjalan-jalan tanpa arah tujuan. Sedang asyik dia berjalan-jalan, dia terlihat seorang gadis yang tidak dikenali lalu secara tiba-tiba dia berkelakuan seperti dirasuk hantu kopet. Kemudian Abu pun menerjah gadis tersebut.

Abu:    OMG! Tolonglah bagitau saya, adakah saya sebenarnya dah mati?
Gadis: Awak ni cacat ke gila? Bila pulak awak mati!
Abu:    Oh, maafkan saya. Saya ingat saya dah mati, sebab awak nampak macam
           BIDADARI SYURGA :)
           Dah sekarang bak nombor telefon.