Monday, January 23, 2012

Pakaian

Hari itu, aku melalui hari aku seperti biasa.

Bangun pagi, gosok gigi, mandi, mencukur bulu-buluan dan bersiap untuk ke kelas.

Tapi hari itu hari isnin, maka aku pun memakai pakaian formal.

Lengkap dengan kemeja belang-belang, seluar slack, sepender oren dan berkasut kulit hitam.

Sesudah hensem siap, aku pun berlalu pergi menaiki motosikal Honda CBR100 aku seperti biasa.

Setibanya aku di laluan motosikal bersebelahan lebuh raya, kelihatan polis sedang membuat sekatan jalan.

"Daym! Aku dah hampir lewat ni polis buat road block pulak!", kata aku dalam hati.

Lalu aku pun bersedia untuk berhenti dan memaki hamun polis tu.

"Woi! Kau tahu tak aku dah nak lambat ni? Jangan buang masa aku lah! Kalau nak duit rasuah cakap!"

Kelihatan polis tu terdiam membisu, lalu dia suruh jalan.

Barangkali dia cuak dengan aku sampai tak terkata.

Hah, baru dia tahu siapa aku.

Akan tetapi beberapa saat selepas itu baru aku sedar kenapa polis tu mendiamkan diri.

Rupa-rupanya tadi aku bercakap dalam hati.

"Oh, mungkin sebab hari ni aku kelihatan lebih segak, elegan dan berkarisma melebihi tahap normal dengan pakaian macam ni, sebab tu dia tak tahan aku", hati aku terdetik.

Dan perkara itu berulang untuk beberapa kali dalam masa beberapa bulan.


*******

Beberapa bulan selepas itu, aku masih melalui rutin yang sama.

Tapi hari itu bukan hari isnin dan aku dah terlewat bangun.

Maka aku sauk sahaja apa pakaian yang ada.

Pakaian aku agak selekeh, dan kelihatan sedikit persis seorang rempit.

Dengan kelam kabut, aku bergegas ke kelas.

Sampai di tempat yang sama, polis sedang membuat sekatan jalan.

"Shait! Aku dah lewat 5 minit ni. Mintak-mintak polis tak tahan. Fuh fuh fuh", cubaan aku berjampi.

Tetiba polis mengangkat tangan suruh aku berhenti.

Aku dengan rasa berat hati terpaksa berhenti untuk menunjukkan lesen dan road tax.

Aku hanya menurut kerana terlalu kecewa dan rasa sedih sangat-sangat.

Terasa bagaikan kesetiaan dan keakuran aku terhadap undang-undang jalanraya sia-sia kerana polis masih tak mempercayai aku.

Mana perginya kepercayaan mereka terhadap aku selama ini?

Bila polis dah puas hati tak dapat cari kesalahan aku, dia bagi jalan.

Akhirnya aku lewat hampir 15 minit masuk kelas.


*******

Kali ini di Jusco Bukit Raja pula.

Aku dan beberapa orang rakan datang untuk berbuka puasa.

Sebelum itu kami bercadang untuk berjoging, tapi tak jadi sebab hujan.

Maka pakaian kami agak daif.

Seluar trek picisan, t-shirt lusuh dan kasut sukan dari uptown.

Dengan pakaian begitu, kami cuba berbuka puasa di Kenny Rogers.

Mungkin kerana pada waktu itu aku kelihatan lebih tough dan athletic dari biasa, kelihatan ramai awek bermain-main mata dengan aku.

Aku pun terasa sedikit hensem dan bangga kerana diusha.

Lepas order makanan, kami berbual sambil menunggu waktu berbuka.

Tetiba datang seorang waitress yang tidak kurang comelnya.

"Dik, boleh bayar dulu ya. Takut nanti kena beratur panjang ramai orang nak bayar lepas makan", kata waitress yang kurang comel itu.

Wah, sejak bila Kenny Rogers ramai orang?!

Dan apa kejadahnya makanan belum pun sampai dah kena bayar dulu?!

Bila tengok, takde pun orang lain yang bayar dulu sebelum makan.

Dan bila dah habis makan, TAK NAMPAK ADA ORANG BERATUR PANJANG NAK BAYAR PUN.

Dari sini, aku membuat hipotesis.

Polis, waitress dan awek-awek itu tadi memperkotak-katikkan aku kerana pakaian aku.

Tak guna.

Ingat aku takde duit ke?!


Sunday, December 25, 2011

Dikala malam datang bulan

Waktu itu, jam menunjukkan pukul 2.58 pagi. Aku sedang keseorangan dirumah kerana ahli keluarga ke Port Dickson, ada Hari Keluarga. Memang sedih tak dapat ikut ahli keluarga berkumpul dan bersuka ria. Tapi apakan daya, demi menuntut ilmu aku sanggup berkorban.

Sedang asyik aku mengulangkaji pelajaran, secara tiba-tiba seperti datang suatu tenaga yang aku tak tahu asal usulnya. Ia menyerang bahagian tengah tubuh, seperti mahu mengambil alih fungsi badan aku.

"Aduhh, malam-malam buta macam ni lah pulak nak sakit perut. Kalau nak berak pun tunggu lah siang", kata aku sambil terkemut-kemut menahan sakit perut.

Dengan rasa gementar, aku pun memberanikan diri pergi ke toilet.

Sedang dalam perjalanan, sewaktu aku mahu menanggalkan seluar dalam,

"Tenenettt! Tenenettt!", telefon rumah berdering.

"Ah sudah. Siapa pulak telefon pagi-pagi buta macam ni! Jangan main-main dengan aku lah! Kalau aku terkincit kang siapa nak kutip!!"

Tetiba aku terfikir, ada kemungkinan jugak tu ahli keluarga yang telefon nak bagitahu ada kecemasan. Lalu aku cuba gagahkan diri, menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk menahan sakit perut dan berdoa agar aku takkan terkena sembelit mahupun buasir.

Setakat nak angkat telefon tak payah nak gagah diri sangat rasanya.

Semakin aku mendekati telefon, semakin berdegup kuat jantung aku.

Dup dap dup dap. Nebes jugak rasanya.

Memori tentang cerita-cerita hantu dari jepun dan korea yang mengisahkan tentang telefon berhantu mula menerjah minda. Peluh sudah mula membasahi pipi dan celah ketiak, disebabkan rasa sakit perut yang tak tertahan lagi.

Dengan lafaz bismillah, aku mengangkat telefon.

Tetapi, sesuatu yang sungguh tak aku sangka berlaku. Aku terdengar satu suara halus yang cuba memanggil,

"DEY! DEY!"

"Ya nak cakap dengan siapa?"

"Oh sorry bang. Salah nombor lah. Ayoyo."

Tuuutttttt...

Maka dengan itu aku bergegas meletakkan telefon dan menggelupur lari lintang pukang ke toilet.

Syukur, tiada apa yang tercicir ditengah jalan. Aku lega.