Sunday, December 25, 2011

Dikala malam datang bulan

Waktu itu, jam menunjukkan pukul 2.58 pagi. Aku sedang keseorangan dirumah kerana ahli keluarga ke Port Dickson, ada Hari Keluarga. Memang sedih tak dapat ikut ahli keluarga berkumpul dan bersuka ria. Tapi apakan daya, demi menuntut ilmu aku sanggup berkorban.

Sedang asyik aku mengulangkaji pelajaran, secara tiba-tiba seperti datang suatu tenaga yang aku tak tahu asal usulnya. Ia menyerang bahagian tengah tubuh, seperti mahu mengambil alih fungsi badan aku.

"Aduhh, malam-malam buta macam ni lah pulak nak sakit perut. Kalau nak berak pun tunggu lah siang", kata aku sambil terkemut-kemut menahan sakit perut.

Dengan rasa gementar, aku pun memberanikan diri pergi ke toilet.

Sedang dalam perjalanan, sewaktu aku mahu menanggalkan seluar dalam,

"Tenenettt! Tenenettt!", telefon rumah berdering.

"Ah sudah. Siapa pulak telefon pagi-pagi buta macam ni! Jangan main-main dengan aku lah! Kalau aku terkincit kang siapa nak kutip!!"

Tetiba aku terfikir, ada kemungkinan jugak tu ahli keluarga yang telefon nak bagitahu ada kecemasan. Lalu aku cuba gagahkan diri, menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk menahan sakit perut dan berdoa agar aku takkan terkena sembelit mahupun buasir.

Setakat nak angkat telefon tak payah nak gagah diri sangat rasanya.

Semakin aku mendekati telefon, semakin berdegup kuat jantung aku.

Dup dap dup dap. Nebes jugak rasanya.

Memori tentang cerita-cerita hantu dari jepun dan korea yang mengisahkan tentang telefon berhantu mula menerjah minda. Peluh sudah mula membasahi pipi dan celah ketiak, disebabkan rasa sakit perut yang tak tertahan lagi.

Dengan lafaz bismillah, aku mengangkat telefon.

Tetapi, sesuatu yang sungguh tak aku sangka berlaku. Aku terdengar satu suara halus yang cuba memanggil,

"DEY! DEY!"

"Ya nak cakap dengan siapa?"

"Oh sorry bang. Salah nombor lah. Ayoyo."

Tuuutttttt...

Maka dengan itu aku bergegas meletakkan telefon dan menggelupur lari lintang pukang ke toilet.

Syukur, tiada apa yang tercicir ditengah jalan. Aku lega.


Tuesday, December 6, 2011

Manisnya kurma ini

Aku tak mencari yang sempurna,

Kerna yang sempurna itu tiada.

Aku mencari yang terbaik untukku,

Dan aku telah bertemu dengan kamu.

: )


*******

Wow. Tak sangka abang sebenarnya seorang yang sweet lagi romantik, malah pandai membuat ayat-ayat puitis pula.


Pui. Ini sangat geli.