Sunday, April 8, 2012

Tips yang hebat lagi mengagumkan

OK hari ni abang nak membawakan kepada anda semua satu tips yang abang rasa amat berguna bagi mereka yang malu-malu kucing dan segan bagai pelipat daun keladi. Haa peribahasa tu macam tak berapa kena kan. Abang pun tak pasti apa peribahasa yang sepatutnya digunakan, tapi pedulikan. Tu bukan motif utama abang buat entri ni. Kalau nak cerita pasal peribahasa, mungkin kita boleh buat entri baru.

OK berbalik kepada topik kita tadi. Abang tahu, mesti ramai yang tension setiap kali perkara ni berlaku, iaitu sakit perut time kat luar. Nak kena cari toilet dah satu hal, pastu bila dah jumpa toilet kalau busuk, stres kan. Pastu, kadang-kadang perut dah rasa macam nak terburai tapi ramai orang kena beratur pulak. Pastu bila dah dapat masuk toilet, tengah fokus meneran tetiba pulak air ceplum ceplum sebab najis besar lengan, terpercik-percik pulak tu kan. Dah lah bunyi kuat, malu kat orang sebelah dengar, pastu geli pulak air jamban terpercik kena kat punggung bersama sisa kangkung, bayam, jagung dan cili-cilian. Kalau kena kat baju lagi rasa macam nak mencarut. Tension kan?

Haa sekarang anda tidak perlu bimbang lagi. Abang ada satu penyelesaian yang ringkas, mudah dan terbukti berkesan secara saintifik. Untuk mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, caranya mudah saja. Ambil tisu beberapa helai dan tanpa menggumpalkannya, letakkan tisu tersebut pada lubang jamban. Ini akan mengurangkan impak tujahan yang menyebabkan air terpercik sekaligus mengurangkan bunyi ceplum ceplum yang terhasil. Mungkin korang tak percaya, tapi cuba lah baru korang tahu sendiri keberkesanannya. :3