Sunday, October 23, 2011

Unsur-unsur penipuan dan tipu daya sewaktu mintak putus



Pernah tak kau orang dengar ayat-ayat seperti,

saya tak cukup baik untuk awak...

atau

awak deserve better...

mahupun

saya tak layak untuk awak...

ataupun

awak terlalu baik untuk saya...

sejurus sebelum kekasih kau orang mintak putus? Pernah? Kalau pernah, padan muka kau aku turut bersimpati. Kalau kau orang tak pernah kena, bila diorang cakap macam tu kau ambil sarung guni, senyap-senyap sarung kat kepala dia lepas tu pukul beramai-ramai supaya dia tak tahu siapa yang pukul kau jangan percaya bulat-bulat je.

Mengikut pengalaman aku sebagai seorang yang pakar dalam memberi masalah cinta, ayat-ayat macam ni selalunya orang bagi bila dah tak tahu nak tipu apa. Selalunya. Ada jugak kemungkinan yang tak tergolong dalam kategori tipu helah ni, tapi yang itu akan diceritakan kemudian.

Mungkin kau orang boleh fikir sendiri, kalau betul dia sayang kau dan kau pun dah cukup baik, kenapa dia nak cakap macam tu? Most probably orang tetap akan terima kau walau macam mana pun kalau dah sayang. Ayat dia tu nak menunjukkan kau lagi baik/bagus dari dia. Kalau betul pun, mungkin dia akan rasa segan, tapi tak sepatutnya sampai nak mintak putus. Tahyul sangat tu.

Dari yang aku nampak ada beberapa punca yang memungkinkan perkara sebegini terjadi:

1. Dia dah bosan dengan kau sebab kau tak hip dan membosankan
Dia nak mintak putus, tapi nanti mesti kau tanya kenapa kan? Takkan dia nak cakap "You ni membosankan lah. Cakap dengan nate beruk customer service lagi best dari cakap dengan you". Macam terlalu keji. Tapi dia dah tak sanggup lagi nak melayan kerenah kau, rasa macam "hidup segan mati tak mahu". Lantas dia pun bagi lah alasan tu.

2. Dia dah jumpa orang lain yang lagi best dari kau
Dah ada orang ketiga yang dia layan senyap-senyap masa dengan kau, takkan dia nak mengaku pulak. Paling busuk pun dia akan bagi alasan-alasan tersebut untuk mengelakkan kau mengamuk lalu mengupah gangster untuk melempang kau bertubi-tubi berasa sedih sebab kau tak best. Atau sebab muka kau macam Acapan. Atau sebab lubang hidung kau besar sebelah. Atau sebab kau ada tahi lalat berbulu kerinting diatas bibir. Whatever lah.

3. Sebenarnya kau dah terlampau useless tapi dia tak sampai hati nak bagitau
Yang ni menyedihkan sikit. Dah la kau ni tak guna, lembab, mangkuk hayun, muka hodoh. Cewah lebih. Kena pulak tipu hidup-hidup cakap kau deserve better. Kesian lah. Tapi adalah agak biadap kalau kau pulak pergi bantai bengang, maki-maki dia cakap dia bedebah, menghina dia cakap kau yang patut mintak putus sebab kau lagi bagus dari dia.

4. Dia fikir dia sayang kau, tapi sebenarnya sayang tu tak ada, dia setakat suka je kat kau
Biasalah, awal-awal masa nak menjalinkan hubungan tu semuanya manis, menggembirakan, menyeronokkan. Kau nak couple pun dia terima je. Tengah high lah katakan. Sampai tak perasan yang dia sebenarnya tak sayang kau pun, setakat rasa seronok je have fun dan hang out dengan kau. Dah lama sikit, baru sedar feeling tu tak ada. Tapi semuanya dah terlambat. Apa lagi nak cakap, kencing lah.

5. Dia terlalu merendah diri dan terasa dia sangat pathetic
Yang ni tak tergolong dalam tipu helah dunia. Jarang-jarang jumpa, tapi memang wujud orang macam ni. Kurang keyakinan diri yang terlampau. Baru gagal test, dah macam kalah judi RM14.5 juta, menangis tak berlagu sambil cakap dia tak layak ada kekasih yang kebetulan masa tu lulus test yang sama. -..- Untuk orang macam ni, kau kena bagi dia sokongan. Kalau kau boleh tahan asyik nak kena pujuk dia, kau tahan la. Kalau tak, baik kau setuju je bila dia mintak putus. Siapa suruh mintak putus. Nak sangat hambik kau.

6. Percintaan yang terhalang akibat ibubapa tidak merestui perbezaan antara dua darjat
Dia akan bagi alasan-alasan tersebut untuk mengelakkan kau bertindak drastik dan memilih untuk kahwin lari di sempadan Siam. OK, aku tipu. Tak ada orang macam ni. Barangkali dalam drama hindustan baru ada.

Yang penting sekarang, tak kira lah niat dia taknak kau berkecil hati ke, atau memang dia curang ke apa, kalau kau boleh siasat kau siasat lah sikit supaya kau tak rasa diperbodohkan begitu sahaja bila kantoi, in case dia memang menipu. Kau pun mesti nak tahu kenapa dia cakap macam tu kan. Tapi kalau kau baru bercadang nak bagi alasan macam tu, tak payah lah. Tak baik menipu, berdosa. Apapun, kalau kau mangsa, cubalah fikir positif yang alasan dia bagi tu sekadar penyebab je. Yang menentukan jodoh tetap Tuhan, bukan dia.




No comments:

Post a Comment

Boleh merapu, boleh meluahkan perasaan. Jangan malu, jangan segan.