Thursday, March 29, 2012

Pencarian jodoh musim keempat

"Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti."

"Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga."




Aku perasan, kebelakangan ni aku banyak terbaca ayat ni (ramai perempuan post kat facebook). Aku tak tau lah siapa penulis asal dia, tapi aku yakin beliau ialah seorang perempuan, yang mana boleh diperhatikan dari bibit-bibit dan struktur ayat beliau. Haa bibit terus, kelas kau Jah.

OK, sebagai seorang lelaki yang masih mencari tulang rusuk aku yang entah kat negeri mana sekarang ni, aku mempunyai pendapat yang berbeza dari statement tersebut. Kenapa? Sebab aku rasa statement tu tak tepat.

Yang pertama sekali, ditulis kat situ "Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam.". Ayat ni je dah jelas menunjukkan yang statement tu tak tepat, yang mana kalau korang baca kisah Rasulullah S.A.W. sendiri, sebenarnya Siti Khadijah yang melamar Rasulullah. Diulangi MELAMAR ya, bukan mintak nombor telefon, mengorat, chat kat facebook atau sebagainya. Kalau korang tak tahu tak apa, masih belum terlewat untuk ambil tahu, sebab waktu Siti Khadijah melamar Rasulullah pun umur 40, Rasulullah 25. Bagi aku takde masalah tentang umur, kahwin lewat pun takpe, asalkan kedua-dua pihak (termasuk ibu bapa) setuju dan redha. Kalau korang nak baca kisah Siti Khadijah dan Rasulullah ni, boleh klik kat sini dan kat sini.

Yang kedua, ditulis pula "Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik.". Menurut abah aku, statement tu kurang tepat sebab doa tu cuma sebahagian dari usaha. Yang sepatutnya, doa dan usaha kena seiring. Usaha, doa, tawakal. Perlu diingat, jodoh perlu dicari, bukan ditunggu. Allah nak hambanya berusaha, maksudnya bukan setakat berdoa saja, kena lah buat sesuatu juga.

OK, untuk para wanita yang masih takut dicop minah gedik, perigi cari timba dan sebagainya, jadikan lah cerita ni sebagai motivasi. Tapi bukan lah maksudnya perempuan boleh tunjuk miang dan tergedik-gedik macam kucing mintak mengawan. Maksudnya, takde hal pun kalau perempuan yang nak mulakan perkenalan, ataupun perbualan dan sebagainya. Yang penting kena tahu berpada-pada dan menjaga maruah diri. Kesederhanaan tu penting, sunnah tu.

Berbalik kepada statement tadi. Pendapat aku lah, takde masalah pun kalau perempuan yang mulakan dulu untuk mendekati lelaki, sebab tak semua lelaki pandai nak tonjolkan atau beritahu hasrat hati dia. Mungkin lelaki tu dah lama dok usha baik punya, tapi dia jenis pemalu bila dengan perempuan, dah melepas. Lagi rugi kalau lelaki tu dah lah baik, single, hensem, soleh, elegan, berkaliber, bergaya, bermutu serta berkeunggulan, dan perempuan tu pulak memang dah suka kat lelaki tu, tapi sebab dia tunggu lelaki tu yang tegur dulu, tak pasal-pasal melepas jugak. Rugi lah kan. Kalau dah jumpa lelaki yang memang taste korang, single pulak tu, apa salahnya pergi approach je. Kan?

Selain itu (wah dah macam ayat karangan masa sekolah rendah), aku rasa, orang melayu ni terlampau terpengaruh sangat dengan peribahasa melayu, "perigi cari timba" tu. Korang kena ingat, tu ayat yang direka orang melayu zaman dulu berdasarkan adat dan bukan berdasarkan Islam. Banyak lagi sebenarnya adat yang takde kena mengena dengan Islam, contohnya wang hantaran yang terbukti membebankan lelaki (jika nilainya terlalu tinggi), boleh melewatkan perkahwinan dan boleh mengakibatkan dosa bertimbun sebab maksiat yang berpanjangan selagi tak kahwin. Banyak lagi sebenarnya adat-adat yang tak relevan. Yang penting, korang kena utamakan agama dulu lah. Adat tu kalau nak jugak biarlah beragak sikit, ikut kemampuan.

Akhir sekali, aku nak kongsi satu kata-kata dari seorang cina muslim bernama Lee Kim Wah atau Muhammad Hamidi Lee bin Abdullah. Kata beliau,

"Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibu bapa. Maka sebagai ibu bapa, anda wajar mempunyai pertimbangan yang baik untuk anak-anak dan jangan terlalu menghalang, melainkan perkara itu tidak baik untuk mereka. Dan sebagai anak pula, hormati lah pandangan ibu bapa, jangan terlalu mementingkan kemahuan sendiri dan menderhaka, kemudian cari lah jalan terbaik untuk menyenangkan hati kesemua pihak."





Pesanan khidmat masyarakat:
Kalau dah ada calon tu, pastikan mak ayah betul-betul setuju atau redha dulu, baru fikir pasal kahwin. Mungkin mak ayah taknak susahkan kita, dia akan angguk je, tapi dalam hati macam mana korang tak tahu. Tapi biasanya korang boleh tengok dari muka diorang. Kena pastikan diorang tahu calon korang tu macam mana perangainya semua, seeloknya masa awal perkenalan. Aku dah kena sendiri, aku tahu. Hubungan yang tak mendapat redha mak ayah takkan kekal lama. Ingatlah pesan aku ni kalau taknak menyesal.


2 comments:

  1. ok klau cmtu apa kata aku yg approach ko... amcm?

    ReplyDelete

Boleh merapu, boleh meluahkan perasaan. Jangan malu, jangan segan.