Friday, August 19, 2011

Insan yang cemerlang datang dari akal yang sihat, dan jiwa yang tenang. Ya, ya.

Aku dapat rasakan menggunakan 6th sense aku, korang tertanya-tanya lagi apa benda pulak aku nak mengarut kali ni. Kahkah. Apsal la suka pulak aku bagi tajuk yang tak berapa nak berkaitan dengan entri. Aku pun kurang pasti kenapa. Mungkin kerana terdapatnya elemen surprise apabila menggunakan tajuk yang pelik-pelik, mengarut lagi tak berkaitan luar biasa dan unik. Cewah bajet Kesusateraan Melayu sekolah rendah pulak cerita pasal elemen. Puii.

Korang masa kecik-kecik dulu, masa tadika ke masa sekolah rendah ke, penah lalui perkara ni? Masuk kelas, perkenalkan diri, pastu cerita pasal cita-cita masing-masing. Siapa tak lalui memang dia rugi. Time ni la paling seronok sekali nak tunjuk lagak kat cikgu dan taulan handai (rakan taulan + sahabat handai, hence, taulan handai), betapa kewlnya cita-cita korang yang tinggi kelangit tu. Mula-mula masuk je sekolah, kena berbaris. Kalau hari Isnin, kena baca ikrar, nyanyi, dengar cikgu membebel bagai semua tu. Dah habis tu masuk kelas, cikgu pun masuk. Ketua kelas pun jerit, "Bangun semuaa! Selamat pagi cikgu!", pastu semua pun ikut. Kalau dah masuk tengahari tapi ketua kelas cakap selamat pagi pun semua bantai ikuuttt. Apa pun tak boleh.

kalau korang terer, cari aku sampai jumpa. kehkeh

Masa awal-awal sekolah mula, biasanya cikgu tak mengajar lagi. Kadang-kadang dapat cikgu baru, dia akan mula dengan sesi pengenalan diri. Lepas kenalkan diri dia, dia suruh murid-murid pulak kenalkan diri. Masing-masing pulak taknak kalah, ada yang bagi nama manja kat rumah la (macam Boboi, Gegurl, Tipah, Letchumi dan sebagainya), ada yang cakap tak tau asal mana la, tak kurang jugak ada yang cakap hobi dia mengumpul setem. Memang dahsyat. Macam-macam kerenah.

Biasanya lepas semua dah perkenalkan diri, cikgu-cikgu dah mati akal nak buat apa. Kalau tak suruh murid-murid buat kerja sendiri tapi jangan bising, dia akan suruh murid-murid cerita pasal cita-cita. Haa time aku kena dulu mula-mula dengan cikgu bahasa melayu, darjah berapa aku tak ingat. Masing-masing cerita dengan bangga, ada yang nak jadi arkitek, ada yang nak jadi doktor, ada yang nak jadi angkasawan. Sampai kat aku, aku cakap aku nak jadi polis (cita-cita standard budak-budak bagi bila dah tak tau nak jadi apa). Cikgu tanya kenapa, aku cakap tak tahu. Time tu kan Robocop tengah naik. Berangan la nak jadi polis dapat pegang pistol, main tembak-tembak. Takkan nak cakap, malu la. Kehkeh.

gambar hiasan

Tu cikgu bahasa melayu yang tanya. Lepas tu cikgu bahasa inggeris pulak masuk, dia tanya cita-cita jugak (dah takde idea lain letteww). Macam tadi jugak la masing-masing punya cerita, tapi sampai kat aku terus jadi lain. Aku mula menunjukkan tanda-tanda kegoyahan, tak kuat iman dan tak tetap pendirian. Aku terus tukar cita-cita. Tetiba rasa polis macam tak best pulak. Kahkah. Aku bagitau cikgu tu cita-cita aku, bangga betul dia aku nak jadi pelukis (artist). Excited kemain, siap cakap aku ni unik, ada cita-cita yang interesting. Padahal dia yang silap paham, sebenarnya aku cakap aku nak jadi artis (celebrity). Masa tu kecik lagi, mana aku tahu nak cakap artis apa dalam english. Cikgu tu boleh bantai ingat aku nak jadi pelukis. Hentam saje la labu. Aku anggukkan aje. Kahkah.

Aku sendiri pun pelik bila fikir balik. Biasa budak-budak standard mesti cakap nak jadi arkitek, businessman, doktor, cikgu, askar, polis, bomba dan yang sama waktu dengannya. Aku kecik lagi, apa aku tahu pasal artis, tapi boleh main bedal nak jadi artis. Nasib baik masa tu cikgu yang tanya, bukan mak abah aku yang tanya. Silap haribulan kena rotan terus. Untung cikgu tu tak suruh aku ketuk ketampi. Kahkah. Mungkin sebab kurangnya pendedahan pasal kerja oleh mak abah aku menyebabkan aku tak tahu cita-cita apa yang best nak pilih. Ke sebab terlebih pendedahan sampai nak jadi retis (artis). Itu yang kita tak tahu. Kahkah.

gambar hiasan

Korang cuba bayangkan bila korang dah ada anak kang, sedara mara ke jiran tetangga ke datang rumah, diorang tanya, "Boboi boboi, bila dah besar nanti boboi nak jadi apa?", anak korang jawab, "Nak jadi retis auntie!". Maunya korang tak terasa macam taknak mengaku anak?


*Pesanan khidmat masyarakat: Jangan bagi anak korang tengok yang bukan-bukan masa kecik. Kang terikut-ikut macam artis yang tak berapa nak senonoh tu payah. Nasib baik aku tak terikut jadi artis. Kehkeh.


No comments:

Post a Comment

Boleh merapu, boleh meluahkan perasaan. Jangan malu, jangan segan.