Tuesday, August 9, 2011

Kau Tahu Ku Merinduimu, Ku Tahu Kau Menyintaiku. Oh, Kasih. Bersabarlah Sayang. Saat Indah Kan Menjelma Jua.

aku dapat rasakan menggunakan 6th sense aku yang korang tengah menyumpah seranah dan melemparkan kata-kata kesat sebab aku tulis lirik lagu In Team yang jiwang habis tu tertanya-tanya apa benda yang aku nak merapu perbincangkan dengan tajuk entri yang penuh kontroversi tu. macam haram. aku tahu. sebenarnya tak berkaitan pun. kalau ada pun, bau-bau bacin je. kahkah. ok, serius sikit.

camni sebenarnya. ada kawan aku ni, dikenali sebagai Aminah Gendut (bukan nama sebenar, identiti beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, *sambil baca guna nada pemberita*), dia ada dua pilihan. dia tanya mana satu pilihan yang sepatutnya dia pilih, sama ada:

1. pilih lelaki yang hensem dan kaya tapi jahat yang dia sayang tapi lelaki tu tak sayang dia,
atau
2. pilih lelaki yang tak hensem dan miskin tapi baik yang sayang dia, tapi dia tak sayang lelaki tu

hm, agak sukar nak buat pilihan macam ni. takde pilihan yang saling sayang menyayangi pulak. antara satu sebabnya kenapa susah, kita tak tahu masa depan kita macam mana. kita tak tau mana satu yang akan berjaya hingga ke akhir hayat dengan kita. mungkin akhirnya lelaki yang pertama tu memang takkan dapat sayang dia, atau dia sendiri tak dapat sayang lelaki yang kedua tu. keliru bukan. tapi dari maklumat yang aku dapat, majoriti suggest yang kedua (berdasarkan status yang ditulis dan respon orang ramai). tapi, kenapa macam tu?

honestly, sampai sekarang aku pun masih kurang faham kenapa orang suggest yang kedua. sedangkan, kalau kita fikir dari sudut lelaki yang pertama tu, dia pun melalui situasi yang sama, yakni ada orang sayang dia tapi dia tak sayang orang tu. kalau orang boleh nasihatkan kita untuk pilih lelaki yang kedua tu sebab dia sayang kita, kenapa tak nasihatkan je lelaki yang pertama tu untuk pilih kita sebab kita sayang dia? bukan ke sama je. agak hairan bukan.

bagi aku, lebih baik tak payah pilih antara dua pilihan tu. sebab aku tahu kalau dia pilih salah satu, mesti akan ada pihak yang akan tak puas hati pastu dibomohkannya budak tu terluka. sama ada dia terluka atau lelaki yang kedua tu terluka. lelaki yang pertama tu takde hal la sebab takde pape feel kat dia kan. kahkah.

aku nasihat korang, cari jelah yang lain. cari lah yang hensem, macho, baik, penyayang, tegap, gagah, romantik, sweet, bergaya malah berkaliber macam aku yang sama suka sama rasa. bukan dua lelaki tu je yang ada kat dunia ni. kalau masing-masing ada mutual feelings pun tak menjadi jugak, tak boleh buat apa lah tu urusan Allah. manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. eceh. mungkin Allah dah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita, redha jelah. jodoh kita pun dah ditentukan, tinggal nak cari je. so jangan terlalu kecilkan skop, sebab kita tak tau lagi jodoh kita tu macam mana dan datang dari golongan yang mana. mungkin lelaki yang dulu tak suka kita or kita tak suka lelaki tu sebab dia jahat ke apa, tiba-tiba berubah pastu suka kat kita, tersayang pulak, pastu kahwin, end up bahagia. kita pun tak tahu kan. so teruskanlah mencari dan kurangkanlah berharap. jangan terlalu gopoh membuat keputusan dan jangan putus asa (kalau nak kahwin lah). semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat ; )


p.s. : ni cuma pendapat ikut sesedap rasa aku & pengalaman aku je ni. kalau silap silalah tegur dengan berhemah :D


No comments:

Post a Comment

Boleh merapu, boleh meluahkan perasaan. Jangan malu, jangan segan.